Penyanyi Bad, 46, meminta doa ramai agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar selain mengharapkan agar luka yang dialami segera sembuh seperti sedia kala.

Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah berkongsi harapannya itu menerusi satu perkongsian yang dimuat naik dalam bentuk video di Instagram, pada Rabu.

“Doakan Pembedahan Kaki Saya Berjalan Lancar Dan Luka Sembuh Segera,” – Bad Indigo Mohon Sokongan, Jari Kaki Terpaksa Dibuang Sebab…

“Assalamualaikum semua, minta doakan pembedahan kaki saya akan berjalan lancar dan luka akan sembuh dengan segera.

Minta doa ya, terima kasih semua,” katanya yang juga ahli kumpulan Indigo ini.

Ads

Menerusi kapsyen, bekas peserta Gegar Vaganza 7 ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan, termasuk ahli keluarga.

“Doakan Pembedahan Kaki Saya Berjalan Lancar Dan Luka Sembuh Segera,” – Bad Indigo Mohon Sokongan, Jari Kaki Terpaksa Dibuang Sebab…

“Doa2 kalian amatlah saya hargai. Tq semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz , anak2 kami, mak n keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat,” tulisnya.

Ads

Sementara itu dalam ruangan komen, rakan artis dan para peminat menitipkan kata positif buat Bad selain berdoa agar masalah kesihatan yang dialami kembali pulih.

Malah, isterinya yang juga penyanyi, Ashira turut mendoakan kesejahteraan suami selain berkongsi keratan doa di Insta Story.

“Doakan Pembedahan Kaki Saya Berjalan Lancar Dan Luka Sembuh Segera,” – Bad Indigo Mohon Sokongan, Jari Kaki Terpaksa Dibuang Sebab… “Doakan Pembedahan Kaki Saya Berjalan Lancar Dan Luka Sembuh Segera,” – Bad Indigo Mohon Sokongan, Jari Kaki Terpaksa Dibuang Sebab… “Doakan Pembedahan Kaki Saya Berjalan Lancar Dan Luka Sembuh Segera,” – Bad Indigo Mohon Sokongan, Jari Kaki Terpaksa Dibuang Sebab…

Ads

“Doakan Pembedahan Kaki Saya Berjalan Lancar Dan Luka Sembuh Segera,” – Bad Indigo Mohon Sokongan, Jari Kaki Terpaksa Dibuang Sebab…Difahamkan, penyanyi ini terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang jari kaki disebabkan luka dari penyakit diabetis dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Terdahulu, Bad dan Ashira sah menjadi pasangan suami isteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac lalu.

“Doakan Pembedahan Kaki Saya Berjalan Lancar Dan Luka Sembuh Segera,” – Bad Indigo Mohon Sokongan, Jari Kaki Terpaksa Dibuang Sebab…

Foto: Instagram Bad, Ashira Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI