Penyanyi senior, Nora Ariffin berkongsi berita gembira bersama peminat menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.

Kongsi penyanyi berusia 46 tahun ini, dia bakal menunaikan ibadah umrah dan berangkat ke tanah suci Mekah, hari ini.

“Bismillahirahmanirahim Hari ini saya akan mengerjakan umrah bersama ECORITHS LEISURE TRAVEL & TOUR,”

“Doakan perjalanan & ibadah saya lancar & dipermudahkan. Disebalik segala suka duka ujian Alllah yg saya lalui.

IKLAN

“Harap perjalanan ini permulaan hidup baru yg baik saya. Minta maaf buat semua.Saya juga sudah memaafkan semua kerana Allah.

“Hanya kpd Allah kita berserah. Al- fatihah buat 2 insan tersayang Johan Nawawi & Muhammad Syakir Alif #mamarindualif #adadalamtiadabynora,” tulisnya.

IKLAN

Di samping itu, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan Nora di tanah suci Mekah dipermudahkan.

IKLAN

“Doakan Perjalanan & Ibadah Saya Lancar,”- Ke Tanah Suci, Nora Ariffin Tunai Umrah

Foto: Instagram Nora Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI