Pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Elly Mazlein menjelaskan keberadaan ‘Elly M’ pada saingan minggu kedua konsert adalah percubaannya untuk memuaskan hati semua pihak.
Elly yang mesra disapa Kak Lina berkata, selepas ‘muncul’ sebagai Elly M, menurutnya ternyata ramai yang mahukan persembahan pengacaraan energetik sekaligus membawa dirinya sebagai Kak Lina Pom Pom.
“Saya cuba puaskan hati semua orang, jadi saya buat Kepom dan Elly M. Akhirnya, orang nampak yang bila saya jadi Elly M, suasana jadi suram. Jadi, kita sebagai pengacara kena ada energi. Insya-Allah, apa pun kritikan, saya ambil maklum. Mana yang perlu kita perbaiki, kita akan perbaiki.
“Apa yang penting, setakat ini saya tidak pernah melanggar batas. Sepanjang saya menggelitat atas stage, saya tidak pernah pegang lelaki. Sebab saya tahu, itu batas yang saya kena jaga.
“Memang saya menggelitat dan gatal, tetapi itu hanya watak sahaja. Kadang-kadang benda macam ini jangan serius sangat. Kita just enjoy,” katanya.
Penyanyi lagu Disapu Awan ini menambah, dia berlapang dada dan terbuka dengan segala komen yang diberikan penonton.
“Saya baca semua kritikan. Tak boleh baca yang best sahaja sebab saya perlu tahu apa yang perlu saya tingkatkan. Saya hormati semua pendapat… tapi ternyata, saya akan terus menjadi Kepom, minta maaf tak boleh jadi Elly M sebab orang tak nak,” katanya lagi.
ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Program realiti ini bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ramona Zamzam mengimbau saat di pentas akhir Dewi Remaja 2009/10 yang pasti tidak akan dilupakannya sehingga hari ini.
Mana tidaknya, pemilik nama penuh Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkongsi pengalaman bahawa dia diserang migrain ketika malam final itu.
“Malam final itu, saya kena jawab soalan, naik pentas dan catwalk. Saya kena serang migrain.
“Mungkin disebabkan tekanan. Maklumlah pertandingan besar sebegini, saya sangat berdebar
“Ketika juri tanya soalan dan masa itu kepala saya sakit yang teramat. Tapi saya tak boleh buat apa masa itu. Saya harap saya dapat putarkan balik masa dan buat yang lebih baik dari itu.
“Saya sangat sedih ketika itu sebenarnya, tapi saya reda dan pasrah. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya. Jadi saya positif sahaja,” kongsi ibu kepada seorang anak ini menerusi IGTV Remaja.
Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita mendengar pasangan suami isteri yang ditimpa ujian saat suaminya mengecap kejayaan.
Bercakap mengenai perkara tersebut, usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad menegaskan dia akan berusaha menjaga hatinya daripada anasir-anasir luar yang mampu menggugat kebahagiaan rumah tangganya.
“Sebenarnya, saya sudah banyak kali bercakap dengan Aina mengenai perkara ini. Di mana-mana pun, ujian lelaki adalah wanita. Namun, selagi saya bernafas, saya akan menjaga hati ini.
“Tapi jika saya diuji satu hari nanti, tolonglah tarik saya kembali. Kita tak tahu takdir Allah. Kita boleh usaha dan memilih tapi kita tak tahu sekuat mana kita boleh menempuh ujian itu.
“Percayalah, selagi saya berusaha, perkara ini tidak akan berlaku,” katanya kepada MH.
Hafiz berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Anugerah Ainaa Super 7 Awards yang berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Malah, Hafiz juga sentiasa mengingatkan isterinya supaya memeriksa telefon bimbitnya agar tidak timbul syak wasangka.
“Kadang kala, apa yang berlaku di media sosial, agak berat buat saya. Namun, saya memang akan setia sebab saya tiada kawan lain.
“Apa-apa pun, saya tetap dengan isteri. Rutin saya hanya pergi dah balik kerja. Malah, saya sendiri yang bagitahu Aina, jangan percaya sangat saya ni.
“Kena periksa juga sekali sekala. Kebanyakkan usahawan dan staf syarikat adalah perempuan. Walaupun saya tak buat, saya tetap nak dia periksa supaya kita ada rasa takut,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, kejayaan yang dikecapinya ketika ini adalah disebabkan rezeki isterinya.
“Perniagaan ini diatas nama Aina. Setiap kali saya berjumpa dengan orang, saya bagitahu yang saya hanya menumpang rezeki isteri.
“Kalau saya cari orang lain, saya nak pergi mana lagi? Nak makan apa? Setidaknya ada perasaan takut.
“Dia yang ada di sisi ketika saya tiada apa-apa. Yang kedua itu mungkin datang bila kita ada sesuatu,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Aina memaklumkan, meskipun ada kalanya dia merasa rendah diri, namun, dia tetap memberikan sepenuh kepercayaan buat Hafiz.
“Saya memang meletakkan kepercayaan kepada Hafiz tapi saya tetap juga berhati-hati. Kita perempuan, ada masa kita akan rasa tak percaya diri.
“Tapi saya percaya yang dia tidak akan melakukan perkara sebegitu. Namun, dalam hubungan ini, kita kena sama-sama usaha mengecap kebahagiaan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Bella Astillah sekali lagi menarik perhatian netizen apabila dia dan anak lelakinya, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff dilihat mengadakan lawatan di Parlimen Malaysia, pagi ini.