Tular di media sosial semalam mengenai pengasas kosmetik Merve dan isteri kepada Hafiz hamidun, Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joyrevfa hangat diperkatakan selepas memuat naik foto yang didakwa netizen sebagai kurang sesuai dengan imej wanita bertudung di akaun Instagramnya.
Akibatnya, foto yang dimuat naik Joyrevfa untuk tujuan mempromosi produknya dikecam teruk netizen.
Berikutan eksiden itu, Joy meluahkan rasa kesal di laman Facebooknya terhadap pihak yang mendakwa dia menyekat akaun Instagram (IG) suami, Hafiz Hamidun.
Menerusi sebuah entri, Joyrevfa turut mendakwa perkara tersebut merupakan fitnah terhadap dirinya dan meminta dikemukakan bukti sekiranya benar dia menyekat akaun instagram Hafiz.
Dia turut memberitahu akan mengambil tindakan saman terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya itu.
Untuk menjelaskan tentang perkara tersebut, Joyrevfa tampil dengan sebuah kenyataan di laman Facebook miliknya.
“Ada bukti saya sekat (block) akaun Instagram suami saya? Saya akan saman siapa yg buat fitnah ini. Kenapa nak mengugat rumah tangga orang lain.
“Demi Allah SWT, saya tidak block akaun Hafiz.Tolong padam fitnah ini dan jangan buat saya teraniaya,” ujarnya.
Tambah Joy lagi gambar seksi yang disebarkan itu adalah gambar lama sebelum dirinya berkahwin dengan Hafiz dan gambar itu kembali diulang siar oleh netizen.
Gambar billboard tersebut telah diturunkan walaupun kos billboard itu sangat besar dan telah dipacakkan di setiap jalan-jalan utama dan negeri yang lain.
“Insya-ALLAH, saya akan menampilkan imej yg lebih baik di masa akan datang. Terima kasih atas pujian dan kritikan membina. Doakan perkahwinan saya tidak akan tergugat dengan kecaman-kecaman sebegini. Amin,” tulisnya lagi.
Sumber : Facebook Siti Arifah Amin
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]