Pelakon dan usahawan, Shima Anuar menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya kini telah disahkan hamil anak ke-3.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, pelakon drama, Suamiku Lelaki Pendosa ini turut memohon agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan dirinya dan juga kandungannya.
View this post on Instagram
“Doakan saya dan baby supaya sihat, selamat dan dipermudahkan segala urusan.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada team production kerana terpaksa membatalkan semua tawaran berlakon yang diberikan kepada saya.
“Inshaallah ada rezeki kita berjumpa lagi,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, Shima turut membuat permohonan maaf kerana terpaksa membatalkan segala tawaran lakonan yang telah diberikan kepadanya sebelum ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala urusannya sewaktu hamil dan melahirkan nanti akan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, selalu bila jaga badan dan sihat dalaman ni InsyaAllah senang lekat. Congrats babe,” kata Ozlynn Wati.
“Bestnya ada baby lagi. Congratulations sista. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kita akan sentiasa tunggu aktiviti awak di rumah. Mesti macam-macam benda awak beli online,” komen Nabila Huda.
“Alhamdulillah, tahniah Shima,” balas Tomok.
“Aww, Alhamdulillah, syukur. Happy for you si cantik,” kata Siti Elizad.
Sekadar informasi, Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI