
Pelakon Isyariana dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut ekoran masalah kesihatan yang dialami.
Berkongsi perkembangan diri menerusi Instagram, Isyariana atau nama lengkapnya, Isyariana Che Azmi turut mendoakan yang terbaik.
“Doakan saya dihindari sbarang penyakit yang memudaratkan diri saya dan membebankan orang disekeliling saya.
“Smoga saya sihat sihat saja ya aamin. Cepat aamin!,” tulis pelakon berusia 31 tahun ini.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Isyariana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Rupa-Rupanya Gayat Pada Ketinggian 148 Tingkat, Nelydia Senrose Menggigil Ketakutan, Menangis Di Sesi Penggambaran!

Setiap individu pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing. Misalnya pelakon cantik, Nelydia Senrose yang rupa-rupanya mempunyai masalah fobia dengan ketinggian.
Menerusi IG Stories di Instagramnya, difahamkan Nelydia ada melakukan sesi photoshoot di salah satu bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa khusus bagi mendapatkan latar belakang bandar indah di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, dek fobia sehingga tidak boleh berdiri gara-gara gayat kerana difahamkan berada pada ketinggian bangunan pada aras 148 tingkat itu, pelakon Cinta Tiada Ganti itu mulai ketakutan!
Tidak mahu patah semangat, Nelydia tetap memberanikan diri meneruskan photoshoot tersebut dan mahu berdiri, namun perasaan gayatnya itu tidak dapat dikawal, sebaliknya dia hanya mampu duduk secara bersimpuh sambil menangis.
Selang beberapa ketika, adik kepada Uqasha itu dilihat tersandar pada sebatang tiang di suatu sudut bangunan tertinggi itu.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2018/11/nely2.mp4?_=1Aduhai, tak sangka Nelydia ni seorang yang gayat dan takut akan ketinggian, kan?
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2018/11/nely3.mp4?_=2Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2018/11/nely1.mp4?_=3Foto: Insta Stories Nelydia Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Boleh, Keluarlah Sebagai Eda Ezrin Yang Baharu,” – Eddie Hamid

Isi Kandungan
ToggleKomposer dan penulis lagu, Eddie Hamid, menasihati penyanyi Eda Ezrin agar menjaga diri dan meninggalkan rakan-rakan yang boleh memberikan pengaruh buruk apabila dibebaskan daripada tahanan penjara selepas ini.
Menurut Eddie, Eda harus berusaha membersihkan kembali namanya dan tidak lagi terlibat dengan perkara yang boleh merosakkan reputasinya.
“Ketika ini, nama dia sudah terkesan. Bersihkanlah semula nama itu. Saya harap dia memilih kawan-kawan yang betul.
“Tak salah nak berseronok. Saya pun sudah lama berkecimpung di dalam dunia seni ini tapi tak pernah terlibat dalam hal seperti ini.
“Kalau boleh, keluarlah sebagai Eda Ezrin yang baharu,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven & Future Music Entertainment, baru-baru ini.
Tak Akan Aktif Menyanyi Seperti Dulu?
Eddie pada masa sama berpendapat, Eda mungkin tidak akan kembali aktif dalam industri muzik seperti sebelum ini.
“Sudah tentu saya mahu berjumpa dengan dia, tapi saya rasa, dia tidak mahu menyanyi lagi. Kalau nak menyanyi pun mungkin lagu ketuhanan.
“Sebagai penulis lagu, saya pun terkena tempias. Ada yang gelar saya penulis lagu ‘Bea Kuda Bea’ dan begitulah sebaliknya.
“Di sana pun, katanya dia kerap mengaji Al-Quran. Mungkin dia sudah insaf,” kongsinya lagi.
Ada Berhubung
Eddie turut memaklumkan dia ada berhubung dengan Eda beberapa minggu sebelum penahannya.
“Tiga minggu sebelum Eda ditahan, saya ada hubungi dia. Ketika itu, lagu ‘Bea Soba Bae’ tengah naik.
“Saya bagitahu dia supaya berjaga-jaga sebab industri ini ada ramai ‘kaki sailang’. Akan ada orang yang tak suka kita.
“Ditambah pula Eda naik secara mengejut. Pada waktu itu, lagu berkenaan sudah naik 20 juta.
“Dia ada call saya lagi, maklumkan suara dia sakit dan mengalami masalah. Ketika itu, dia sedang berurusan dengan Ustaz.
“Katanya seperti ‘terkena’, ada orang tak suka dia. Kalau ada yang nak kata perkara ini tahyul, terpulang.
“Lagipun, hal seperti ini memang ada di dalam dunia. Malah, dia tolak banyak show sebab tiada suara,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alfatihah…Bekas Vokalis Kumpulan Blackfire, Azmi Bahari Meninggal Dunia

Vokalis kumpulan rock Blackfire, Azmi Bahari dilapor meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bandar Selayang Bahru, Selangor sekitar jam 5.00 pagi tadi.
Azmi meninggalkan isteri, Sabariah Jais, 55 seeta tiga anak, Asraf Alif, 27, Afiq, 24, dan Adila, 23.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Bahru kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Memetik Utusan Online, isterinya berkata yang mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham.
Terdahulu, Azmi yang turut dikenali sebagai kartunis berasal dari Kangar, Perlis dan menubuhian Blackfire pada 1982 selain aktif membuat persembahan pentas dan gigs.
Blackfire pernah mengeluarkan album pertama pada Jun 2006, menggabungkan lagu Melayu dan Inggeris.
Sumber: Utusan Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI