“Doakan Saya Dihindari Sebarang Penyakit Memudaratkan,” – Pelakon Isyariana Masuk Hospital

Share

Pelakon Isyariana dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut ekoran masalah kesihatan yang dialami.

Berkongsi perkembangan diri menerusi Instagram, Isyariana atau nama lengkapnya, Isyariana Che Azmi turut mendoakan yang terbaik.

“Doakan saya dihindari sbarang penyakit yang memudaratkan diri saya dan membebankan orang disekeliling saya.

“Smoga saya sihat sihat saja ya aamin. Cepat aamin!,” tulis pelakon berusia 31 tahun ini.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Isyariana

Published by
Nazar Rafiqhi