Penyanyi Zizi Kirana meminta ramai untuk mendoakan dirinya agar istiqamah mengenakan tudung selepas ini.

Menurut Zizi, siapa yang tahu berkat doa yang diberikan, penampilannya akan terus kekal begini (bertudung).

“Doakan Saya. Ini Saja Saya Mampu Cakap,” – Bertudung Kekal Atau Tidak? Ini Respon Balas Zizi Kirana “Doakan Saya. Ini Saja Saya Mampu Cakap,” – Bertudung Kekal Atau Tidak? Ini Respon Balas Zizi Kirana

“Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini (bertudung),” katanya.

Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil menerusi laporan Harian Metro berkata demikian ketika ramai dalam kalangan netizen sudah mulai memperkatakan mengenai imej baharunya yang dikatakan sudah bertudung atau berhijab.

Dia bagaimanapun mengakui, tidak mahu terlalu bercakap mengenai penampilan itu.

Ads

“Doakan Saya. Ini Saja Saya Mampu Cakap,” – Bertudung Kekal Atau Tidak? Ini Respon Balas Zizi Kirana “Doakan Saya. Ini Saja Saya Mampu Cakap,” – Bertudung Kekal Atau Tidak? Ini Respon Balas Zizi Kirana

“Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya.

“Bagi saya, doa adalah senjata paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakap,” katanya.

Ads

Penampilan bertudung Zizi yang popular menerusi lagu Eh! itu disambut baik dan mendapat maklum balas positif dalam kalangan keluarga, peminat dan rakan-rakan.

Menurut Zizi, apa yang baik daripada dirinya sentiasa mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada mereka.

“Doakan Saya. Ini Saja Saya Mampu Cakap,” – Bertudung Kekal Atau Tidak? Ini Respon Balas Zizi Kirana “Doakan Saya. Ini Saja Saya Mampu Cakap,” – Bertudung Kekal Atau Tidak? Ini Respon Balas Zizi Kirana

Ads

“Alhamdulillah, apabila penampilan bertudung yang sekarang ini mendapat respons positif selain mereka mendoakan saya. Insya-Allah, doakan terbaik untuk saya.

“Dalam kalangan keluarga pun mereka okay dan sentiasa memberikan sokongan. Apa yang baik daripada saya mereka okay. Begitu juga dengan rakan-rakan. Saya pun cakap perkara sama untuk terus mendoakan.

“Buat masa ini, saya tidak berani nak cakap saya sudah pakai tudung. Jadi, sebaiknya saya mohon doa supaya saya kuat semangat,” katanya lagi.

“Doakan Saya. Ini Saja Saya Mampu Cakap,” – Bertudung Kekal Atau Tidak? Ini Respon Balas Zizi Kirana “Doakan Saya. Ini Saja Saya Mampu Cakap,” – Bertudung Kekal Atau Tidak? Ini Respon Balas Zizi KiranaSumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI