Penampilan hos dan usahawan, Neelofa yang tampil mengenakan niqab hari ini sebagaimana yang dikongsi ramai nyata mencuri perhatian ramai pihak.
Malah, perkongsian sepotong video pendek menerusi Instagram ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang mendakap serta mencium anaknya itu seolah-olah memberi bayangan ramai bahawa figura asal Kelantan itu sudah pun sopan mengenakan niqab.
Bagaimanapun, Neelofa menerusi satu kenyataan hari ini meminta ramai mendoakan dirinya agar sentiasa istiqamah dalam menjadi insan yang lebih baik.
“Doakan saya, insan yang penuh dengan kehilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.
“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi.
“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya,” kata Neelofa.
Terdahulu, perkongian dua keping fotonya yang mengenakan purdah atau niqab di Instagram turut mendapat reaksi positif dari peminat dan rakan selebriti.
Rata-rata mendoakan yang terbaik atas apa sahaja niat murni yang dilakukannya.