Mengalami masalah tulang belakang pada malam persembahan Gegar Vaganza 2019, Sabhi Saddi berkongsi sekeping foto sedang mendapatkan rawatan.
Walaupun dinasihatkan untuk berehat, namun dia bertegas untuk terus beraksi untuk lagi Makhluk Tuhan Paling Seksi pada saingan kelima konsert malam ini.
“Doakan sy… semoga semuanya dipermudahkan.. Harap2 takde la yg serious,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.
View this post on InstagramDoakan sy… semoga semuanya dipermudahkan.. Harap2 takde la yg serious😔😔
A post shared by Mr Sabhi 🇲🇾 (@sabhisaddi) on
Jelas Sabhi, sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan ‘slip disc’ dan rata-rata netizen menyarankan agar dia lebih berhati-hati.
Foto : Instagram Sabhi Saddi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
AlFatihah, Terkejut Terima Khabar Pilu…Selebriti Titip Doa, Atas Pemergian Wira Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim
Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).
Berita sedih itu telah mengejutkan ramai pihak selepas Allahyarham bertarung nyawa selama 20 hari di pusat perubatan.
Para selebriti yang turut terkejut dengan berita berkenaan turut sama menitipkan doa atas pemergiaan wira muda itu ke rahmatullah.
View this post on InstagramA post shared by Ameng Spring ??? (@amengspringofficial) on
Selebriti komedi juga turut menitipkan doa buat arwah.
View this post on InstagramAlfatihah Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang yg beriman.
A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on
Difahamkan, Adib bakal menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini bersama tunangnya, Nur Najihah di Alor Setar, Kedah.
MH mengucapkan takziah atas pemergian arwah Adib dan semoga ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat terus tabah menghadapi ujian ini.
Foto : IG selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baru 2 Bulan Berat Dah 6kg,”- Mawar Rashid Dukung Anak Sampai ‘Cramp’ Tangan
Pelakon jelita, Mawar Rashid ada berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, Mawar telah berkongsi pengalaman bergelar seorang ibu.
“Baby mommy ni baru 2 bulan berat dah 6kg. Kadang2 angkat lama2 boleh cramp tangan mommy.
“Tapi Alhamdulillah sihat nye dia @radenrafaelraf”tulisnya.
Di samping itu, peminat juga turut teruja melihat anak mawar yang kini semakin membesar dengan sihat.
Terdahulu, Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri telah selamat melahirkan anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Foto : Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penantian 10 Tahun Berakhir, Isteri Irwanshah Selamat Bersalin Anak Sulung, Sepakat Pilih Nama Ukkasya Muhammad Syahki
Penantian pelakon popular Indonesia, Irwanshah selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata pertama kini bukan lagi mimpi apabila dia memaklumkan isterinya, Zaskia Sungkar kini telah selamat melahirkan putera sulung mereka pada petang Selasa.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Irwanshah menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Bayi lelaki seberat 3.4 kg kini berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang komplikasi.
“Assalamualaikum anak shaleh ku , Ukkasya Muhmmad Syahki anak baik , Qurrata a’yun nya mami papa yangg nyusu nya nonstop 🤣 مَا شَاءَ اللَّهُ
“Terimakasi banyak Dr @reinorambey , @drtiwi , @rsiabundajakarta , @morulaivf_jakarta , dan teman-teman semua yang belum pernah ketemu tapi doa nya luarrr biasa,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Heart ini turut memaklumkan dia dan isteri telah sepakat untuk menamakan putera sulung mereka itu Ukkasya Muhammad Syahki.
Pada masa sama, Irwanshah turut berterima kasih kepada petugas hospital dan semua pihak yang telah mendoakan kesejateraan keluarga kecilnya itu.
“Terima kasih atas Support dan cinta nya untuk keluarga kecil kami selama ini. Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis dan support kalian semua dengan pahala kebaikan dan keberkahan.
“Alhamdulillah Ukkasya sehat walafiat lahir dengan bb 3,4 kg tinggi 51 , MasyaAllah Tabarakallah , doain Ukkasya terus ya om tante,” katanya lagi.
Entri berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepeas meraih hampir 300,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selainturut menitipkan doa semoga anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh.
Terdahulu, Irwanshah dan Zaskia telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 15 Januari 2011.
Sumber: Instagram Irwanshah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI