Penyampai radio berpengalaman, Dj Lin berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini telah pun dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar setesen radio Suria FM.

Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia menyifatkan pencapaian ini sebagai rezeki yang telah dikurnia oleh Allah S.W.T terhadap dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

“Alhamdulillah #djlin dapat hadiah #flowerbouquet lagi. Kali ni dari @edaidris . Thank you sayang moga murah rezeki

“Katanya sempena kenaikan pangkat #djlin sebagai #PengurusBesar #Suriafm . Syukur atas rezeki kurniaan Allah,” tulisnya.

IKLAN

Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyampai segmen Suria Cinta itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Doakan Terus Sukses Dalam Kerjaya, Kehidupan & Cinta,”- Anggap Rezeki Tahun Baru, Dj Lin Naik Pangkat Jadi Pengurus Besar Suria FM “Doakan Terus Sukses Dalam Kerjaya, Kehidupan & Cinta,”- Anggap Rezeki Tahun Baru, Dj Lin Naik Pangkat Jadi Pengurus Besar Suria FM

Dalam pada itu, Dj Lin turut berharap agar para peminat dapat mendoakannya untuk terus mengecap kejayaan pada masa akan datang.

IKLAN

“Antara berita paling gembira buat Lin di awal tahun #2021 ni. Doakan Lin terus sukses dan gemilang terus dalam #kerjaya #kehidupan dan  #cinta  Ameen #djlindapathadiah  #djlinnaikpangkat #generalmanager #GM @suriamalaysia #djlinbersyukur,” katanya lagi.

“Doakan Terus Sukses Dalam Kerjaya, Kehidupan & Cinta,”- Anggap Rezeki Tahun Baru, Dj Lin Naik Pangkat Jadi Pengurus Besar Suria FM

IKLAN

Berikutan pencapaian tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan ada juga yang menitipkan hadiah sebagai tanda penghargaan.

“Doakan Terus Sukses Dalam Kerjaya, Kehidupan & Cinta,”- Anggap Rezeki Tahun Baru, Dj Lin Naik Pangkat Jadi Pengurus Besar Suria FM “Doakan Terus Sukses Dalam Kerjaya, Kehidupan & Cinta,”- Anggap Rezeki Tahun Baru, Dj Lin Naik Pangkat Jadi Pengurus Besar Suria FM

Sekadar info, sebelum dilantik sebagai pengurus besar, Dj Lin telah menyandang jawatan sebagai Head of Station di stesen radio berkenaan sejak tiga tahun yang lalu.

Sumber: Instagram Dj Lin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI