Penyanyi, Tajul Ariff ada berkongsi foto keluarga kecil bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram.
Penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu ini menjelaskan, usia perkahwinan bersama isteri tercinta, Nurul Shamieza Eddie kini sudah hampir mencecah usia 4 tahun.
Dalam pada itu, Tajul turut berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya sekeluarga.
“Anak perempuan Tajul nak dekat 1 tahun, yayyy. Perkahwinan wife & Tajul dah nak dekat 4 tahun doakan yg baik baik untuk keluarga kami,” tulisnya ringkas.
Tajul atau nama lengkapnya, Tajul Ariff Noor Md. Shari mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Adriana Carissa yang selamat dilahirkan pada 16 November tahun lalu.
Foto: Instagram Tajul