Penyanyi dan pelakon, Ezra Kairo tidak menyangka sesi siaran langsung di Tik Tok bersama pempengaruh, Ananda Natasha bakal menarik perhatian ramai seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa mereka kini sedang bercinta.
Pada masa sama, Ezra atau nama sebenarnya, Daniel Ezra Mohd. Shafiq Nickleson, akui teruja apabila dapat menghiburkan ramai orang menerusi sesi live tersebut.
“Sejujurnya, sesi siaran langsung kami di Tik Tok telah buat ramai orang gembira. Ia sudah seperti drama malam-malam. Kalau anda perasan, setiap kali kami live, yang menonton lebih dari 20,000 hingga 30,000.
“Pada mulanya saya agak pelik juga. Namun, bila tengok komen, ramai yang mengatakan sesi live kami ini beri semangat dan buat mereka teringat zaman bercinta. Yang menonton juga ramai golongan ibu-ibu.
“Kami juga gembira bila dapat buat orang lain tersenyum dan sebar aura positif,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Oh My Khadale ini berkata sedemikian ketika ditemui di Tik Tok Awards 2024, baru-baru ini.
Ditanya sama ada dia dan Natasha mempunyai hubungan istimewa, ini jawab penyanyi berusia 22 tahun itu;
“Apa-apapun, doakanlah yang baik-baik. Natasha merupakan seorang wanita yang independent dan sibuk menguruskan kerjayanya serta anak.
“Saya tak mahu menjadi penghalang untuk dia mengejar cita-cita. Jadi, kami beri ruang buat diri masing-masing. Jodoh, persahabatan, ajal dan maut, semuanya di tangan Tuhan.
“Saya tidak akan menolak jodoh. Namun, fokus kami ketika ini adalah kerjaya masing-masing. Saya pun baru sahaja bertapak dalam industri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ezra turut menafikan dakwaan dirinya cuba menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan memandangkan Natasha kini sedang terpalit dengan kontroversi bersama bekas suami.
“Segalanya terjadi begitu sahaja dan terlalu pantas. Kami tak pernah merancang. Pertama kali buat sesi siaran langsung, kami hanya berborak dan tiba-tiba viral. Jika ini yang orang nak tengok, kita terusnya sahaja.
“Perkenalan kami bermula dia Tik Tok. Dia pernah buat trend lagu Oh My Kadhale. Pekenalan kami ini real. Kalau hanya konten, saya akan terus terang.
“Kami sentiasa beri nasihat antara satu sama lain. Hubungan baik kami bukan setakat di sesi siaran langsung dan hanya konten semata,” akhirinya.
Terdahulu, nama Natasha menjadi perhatian ramai disebabkan kisah rumah tangganya bersama bekas suami, Andika Putera.
Natasha bercerai dengan Andika pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.
Andika sebelum ini turut menegaskan, tuduhan berlaku curang adalah fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Sementara itu, Andika turut menafikan mempunyai video bogel termasuk menepis dakwaan mahu menyebarkan video intim dirinya bersama Ananda selepas berlaku perselisihan faham sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.