“Doakan Yang Baik-Baik Sebab Saya Sangat Perlukan Ini Sebagai Perlindungan,” – Neelofa Akhirnya Jawab Spekulasi Hamil

Share

Pelakon dan usahawan, Neelofa tidak menafikan atau mengiyakan khabar angin yang mendakwa dirinya kini sedang hamil, sebaliknya meminta ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Neelofa,32, berkata, sekiranya desas-desus terbabit benar, dia berjanji berkongsi berita gembira itu kepada orang ramai.

“Soalan mengenai sama ada seseorang itu sudah hamil atau tidak, agak sensitif untuk dijawab dan pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri

“Kalau katakanlah desas-desus terbabit betul atau tidak, saya akan menunggu waktu yang terbaik untuk kongsikan kepada semua kerana berita ini adalah satu doa,” katanya.

Neelofa ditemui pada majlis sumbangan Bakul Kasih PRIHATIN- MAIWP yang diadakan di Surau Al- Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil, di sini, Rabu.

Neelofa yang mewakili Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Kasih Prihatin Nasional (PRIHATIN) menyerahkan sumbangan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat

pandemik Covid-19.

Turut hadir ialah suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, atau PU Riz.

Menurut Neelofa, dia mengakui ramai peminat yang teruja mengenai berita terbabit sehingga sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.

“Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa-doa ini sebagai satu perlindungan.

“Saya faham kedudukan saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini. Insha-Allah akan dibuat dengan baik dan saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukanlah sesuatu berita buruk yang perlu disorokkan,” katanya.

Ditanya adakah pengumuman terbabit akan dibuat pada waktu terdekat, Neelofa memaklumkan dia masih dengan jawapan sama.

“Saya akan beritahu bila semuanya dah betul-betul pasti. Sebagai contoh kalau kandungan dah benar stabil barulah akan dikongsikan,” katanya.

Terdahulu, khabar angin mengenai kehamilan bekas hos MeleTOP itu hangat diperkatakan selepas dia dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya sejak Julai.

Bukan hanya pada siaran langsung di Instagram Live untuk promosi tudung, paling ketara ketika hadir ke Mahkamah Seremban bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), 24 September lalu.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Published by
Rafiq Mazlan