Perkongsian terkini daripada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi di Instagram hari ini mencuri tumpuan warganet.
Menerusi video pendek yang dimuat naik, ia memaparkan momen pertemuan Abby bersama menantunya, Aslam sekaligus menyaksikan hubungan di antara keluarga juga dilihat kembali jernih bersempena Syawal.
“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.
“Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Doakan yang baik-baik ya,” tulis Abby menerusi ruangan kapsyen.
Abby menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Khamis berserta video kehadiran Marissa membawa Aslam bertemu keluarga.
Turut kelihatan di dalam video sama ialah pelakon Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza.
Meneruis video tersebut, kelihatan Aslam dan Marissa tiba disambut Norman dan Memey dan kemudiannya
bertemu Abby yang ada di halaman rumah.Abby juga dilihat memeluk erat Marissa sebelum dia bersalaman dengan Aslam.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji dan mendoakan kebahagiaan keluarga besar selebriti itu.
Untuk rekod, Marissa dan Aslam difahamkan bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Sehingga kini, perkongsian itu telah pun menerima lebih 22,000 tanda suka disusuli dengan ribuan komen.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini