Penyanyi Misha Omar berbesar hati apabila berpeluang bersaing di atas pentas sama dengan dengan komposer dan penyanyi muda cukup berbakat pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36), pada Sabtu.

Meski lagu nyanyiannya, Tanpa Rela gagal lolos dalam senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), Misha yang turut menjadi komposer bersama di dalam lagu tersebut, menyifatkan apa yang dilalui menjadi pemangkit semangat untuk terus memberikan yang lebih baik selepas ini.

“Doakanlah Mudah-Mudahan Kak Mitch Boleh Cipta Lagu Lebih Baik, Berkualiti Di Masa Akan Datang,”- Misha Omar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

“Tahniah buat 12 lagu yang telah mara ke AJL 36. Alhamdulillah, semalam Kak Mitch berpeluang berkongsi pentas dengan sekalian anak-anak seni yang berbakat dalam industri muzik kita.

“Meskipun lagu ciptaan Kak Mitch bersama @szewankenobi @zhusni dan @slenfadzil tak berjaya ke AJL 36, tapi percubaan kali ini meskipun gagal, tetap akan jadi pembakar semangat yang baik untuk kak Mitch menimba lebih banyak ilmu dalam nyanyian dan bidang penciptaan lagu.

Ads

“InsyaAllah… Doakanlah mudah-mudahan kak Mitch boleh cipta lagu yang lebih baik dan berkualiti di masa akan datang,” tulisnya di Instagram.

Bintang berusia 39 tahun itu pada masa sama turut menitipkan penghargaan buat semua pihak.

“Doakanlah Mudah-Mudahan Kak Mitch Boleh Cipta Lagu Lebih Baik, Berkualiti Di Masa Akan Datang,”- Misha Omar “Doakanlah Mudah-Mudahan Kak Mitch Boleh Cipta Lagu Lebih Baik, Berkualiti Di Masa Akan Datang,”- Misha Omar

Ads

“Terima kasih buat kawan-kawan kak Mitch semua yang telah mengundi Tanpa Rela di carta mingguan Muzik-Muzik sehingga mara ke Semifinal Muzik-Muzik 36.

“Terima kasih juga kepada pihak TV3 di atas platform yg diberikan untuk kami semua pertaruhkan karya-karya seni kami dari semasa ke semasa.

“Terima kasih juga kepada pihak Sony Music @sonymusic_malaysia kerana percaya dengan lagu pertama ciptaan Kak Mitch utk diketengahkan. Can’t wait for AJL36. Awak sokong siapa?,” tulisnya lagi.

Ads

Semalam, 12 buah lagu berjaya layak ke AJL36 iaitu Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Purnama (Naim Daniel), Lara (Haqiem, Naim, Hael Husaini) dan Nafas Cinta (Aina dan Khai Bahar).

Enam lagu lain yang turut diumumkan termasuk Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).

“Doakanlah Mudah-Mudahan Kak Mitch Boleh Cipta Lagu Lebih Baik, Berkualiti Di Masa Akan Datang,”- Misha Omar

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI