Penyampai radio Kool FM, Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad ada berkongsi pengalaman bersalinkan anak pertamanya, Dhia Madeena yang dilahirkan Julai tahun lalu.

Rea, 33, menerusi Instagram mendedahkan, dia masih ingat akan kesukaran untuk melahirkan anak pertamanya itu, hingga petugas terpaksa meminta bantuan doktor lelaki demi memastikan dia mampu bersalin dengan baik.

“Doktor Bedah Siap Minta Nurses Panggilkan Doktor Lelaki Untuk Tolong Tolak Perut Supaya Baby Keluar,” – Rea Kool FM Cerita Detik Bersalin Anak Sulung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rea Kool FM (@rea_koolfm)

“Ingat lagi kejadian dalam OT. Bilik sejuk yang amat. Menggeletar badan non-stop. Tengok doktor borak2 sambil nak keluarkan Dhia Madeena.

“Dah sampai time nak keluarkan Dhia, bayangkan doktor panik! Siap cakap ‘Ya Allah baby kenapa tak nak keluar ni!’.

“Bayangkan masa tu apa yang I rasa. Kalau doktor panic, I double triple panic tapi tak dapat buat apa sebab dah kena bius setengah badan.

IKLAN

“Doktor perempuan yang bedah I siap mintak nurses panggilkan doktor lelaki utk tolong tolak perut I supaya baby keluar.

“At last, keluarlah Dhia Madeena dari perut mommy. Masa tu mmg tak rasa apa2 sbb bius ada lagi. Tapi I nak keluar dari bilik tu cepat2 sebab sejuk yang amat. Sumpah tak tipu. Nurse bagi heater pun tak jadi apa,” tulisnya.

“Doktor Bedah Siap Minta Nurses Panggilkan Doktor Lelaki Untuk Tolong Tolak Perut Supaya Baby Keluar,” – Rea Kool FM Cerita Detik Bersalin Anak Sulung

IKLAN

“Doktor Bedah Siap Minta Nurses Panggilkan Doktor Lelaki Untuk Tolong Tolak Perut Supaya Baby Keluar,” – Rea Kool FM Cerita Detik Bersalin Anak Sulung

Dia pada masa sama turut menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang membahagiakan apatah lagi apabila melihat anak membesar dengan baik di hadapan mata. 

“Takpe Dhia. Tu semua pengalaman mommy lahirkan Dhia. Tengok awk membesar dengan sihat pun dah hilang semua sakit. Moga Dhia menjadi anak yang solehah dan dirahmati Allah selalu. I love you,” tulisnya. 

IKLAN

Rea mendirikan rumah tangga bersama pemain dram kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim pada 18 November 2018.

“Doktor Bedah Siap Minta Nurses Panggilkan Doktor Lelaki Untuk Tolong Tolak Perut Supaya Baby Keluar,” – Rea Kool FM Cerita Detik Bersalin Anak Sulung

“Doktor Bedah Siap Minta Nurses Panggilkan Doktor Lelaki Untuk Tolong Tolak Perut Supaya Baby Keluar,” – Rea Kool FM Cerita Detik Bersalin Anak Sulung

Foto: Instagram Rea Kool FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI