Pelakon, Abby Abadi telah meluahan rasa sedih apabila mengetahui tahap kesihatan ibunya, Hasnah Abu yang kini lemah.
Difahamkan, ibu kepada pelakon Gerak Khas itu hilang selera makan dan peregerakan terbatas.
Ibunya turut melakukan rawatan menjalani dialisis.
“Doakan Mak kita
Dipermudahkan segala urusannya ye
Hasnah bt Abu namanya .
“Sejak buat dialysis
Pergerakan makin perlahan
Nampak makin kurang
Selera makan Mak
Dan makin susut badan Mak
Mendadak turun berat badannya
Kesian Mak kita..
“Sayang Mak kita ni
Dulu Maklah yg rajin buat semua
Untuk anak anak
Terutama Sayalah
Nak makan apa
Mak usahakan sehabis daya
Anak2 Mak ramai
perangai tah apa2 pun
Mak layankan juga
Hebatnya seorang Mak,” tulis Abby di ruangan kapsyen.
“Kita paling dekat dgn Mak
Anak kesayangan
Sebab bongsuuu hehe
Tapi sejak sakit kali ni
Syukur anak2 lain
Makin rapat juga
Tolong uruskan itu ini
Walaupun tak semua…
“Saja suka nak share/terobek
Dari awal kerja dulu
Saya ada duit
Mesti tak lupa Mak
Beli apa2 mesti beli utk Mak juga
Duit belanja bulan lain
Duit makan minum lain
Takpernah kita berkira dgn Mak…
“Alih2 bila Mak sakit kali ni
(Doc ada bisik2 yg kata
Umur Mak dah tak panjang)
Wallahuallam
Ada yg tuduh kitaorg suami/isteri
Nak jaga Mak bersebab
(Berat nak cerita)
Mcm2 lagilah tuduhan..
“Takpelah Mak, Mak rehat2 je skrg ni. Org nk Mak selesa. Yg pelik2 tu jangan dilayan. Mak sakit.. dilayan nanti, buat Mak tension je. Abaikan je mereka itu. ALLAH lebih tahu..
“Makpun lebih tahu rasanya. Solat dan terus sabar ye Mak. Mak kena terus kuat. Raya ni kita nak pakai raya warna merah/gold/brown sesama ye Mak. Raya kat umah ni je k..
“ALLAH uji sebab ALLAH sayang, Love U Mak,” tulisnya.
Serentak dengan itu, netizen telah memberi kata-kata semangat buat ibu Abby.
Foto : IG Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI