Pelakon Uqasha Senrose tampil melakukan ujian saringan COVID-19 secara ‘drive thru’ selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.
Meski sudah pun ke klinik dan doktor memberitahu dia hanya mengalami demam biasa, namun kakak kepada Nelydia Senrose itu tekad untuk melakukan ujian berkenaan pada Jumaat.
“Qasha demam these past few days and doctor cakap demam biasa but i decided to get myself checked for covid 19 harini.
“Need to make sure that my fam and i are completely safe. doakan results baik baik saja amin,” tulisnya sambil memuat naik video ujian yang telah dijalankan.
Sebelum ini, pelakon Ummi Nazeera turut melakukan perkara sama beberapa hari lalu dan tulisnya di Instagram, ia berbaloi untuk dilakukan bagi memastikan keselamatan yang lain selain tidak mengambil masa panjang.
Kurang setengah Uqasha memuat naik video pendek tersebut, ia kini sudah pun ditonton lebih 50,000 kali.
Foto: Instagram Uqasha Senrose