Categories: Berita

“Doktor Dah Panggil Mama, Peluang Untuk Baik Tipis,” – ‘Update’ Keadaan Bapa, Amylea Azizan Doakan Keajaiban

Share

Penyanyi, Amylea Azizan memaklumkan tahap kesihatan bapanya kini tidak berada dalam keadaan yang baik selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu yang lalu.

Jelas Amylea baru-baru ini, pihak doktor juga telah pun berhubung dengan ibunya untuk membincangkan mengenai sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada bapanya itu.

Katanya lagi, doktor juga memaklumkan peluang untuk bapanya kembali sembuh juga difahamkan agak tipis.

“My dad’s condition makin menurun hari ni. Doktor dah panggil mama to talk about what we are expecting.

“Chances untuk dia baik tu tipis dan sekarang hanya keajaiban sahaja. I’m numb,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Tak Pernah Hilang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Amylea turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan agar bapanya itu kembali pulih seperti sedia kala.

“Mohon semua mendoakan, sedekahkan bacaan Yassin untuknya dan pada yang mengenali dia, maafkan ayah saya sekiranya ada dosanya dengan kalian,” ujarnya lagi.

Menin di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Amylea.

“Allahuakbar, semoga Allah angkat segala sakit uncle. Amin.

“Mendoakan yang terbaik for you and family babe. May Allah ease everything for you.

“Semoga diringankan bebanmu dan ahli keluarga.

“Moga ada keajaiban for your father,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, bapa kepada Amylea telah pun dimasukan ke Institut Jantung Negara dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas mengalami beberapa komplikasi disebabkan jangkitan kuman.

Sumber: Instagram Amylea Azizan

Published by
Aizam Manaf