Tidak mampu menggambarkan perasaan ngeri melihat kecederaan yang dialami anak pelawak, Fad Bocey.
Menerusi perkongsian isterinya, Syaheera Rahman anaknya, Favian Adrazin Zayyan punya hobi menggigit besi kereta kawalan jauh dan akibatnya, besi tersebut tersangkut di bahagian gigi sehingga menyebabkan kecederaan.
Zayyan dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke bilik pembedahan pada pukul 1.30 pagi di mana doktor terpaksa menjahit semula gusi yang cedera.
“Dugaan buat kami .haih la anak .habit suka gigit barang mainan .kalini tersilap gigit kereta control punya remote .besi la nakkk ,ngilu mommy .menggeletar badan2 ni .
Ads
“Alhamdulillah semuanya selamat dh .1:30 pagi semalam masuk OT .fully bius sbb dalam keadaan dia sakit mmg susah utk tarik kluar .doktor jahit balik gusi .mcm2 sementara anak nak besar ni .terima kasih yang tk henti2 tanya doakan anak mommy sorang ni,” kongsinya.
Bagaimanapun menerusi muat naik Insta Story, dimaklumkan pembedahan telah selamat dijalankan dan Zayyan kini stabil.
Ads
Fad dan Nur Syahirah A.Rahman telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
Foto : Instagram Syaheera Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Malam tadi, anakanda Sultan Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah telah selamat bergelar isteri kepada FD Idzham FD Iskandar dalam istiadat ijab kabul bertempat di Balai Mahkota, Istana Abdul Aziz di Kuantan, Pahang.
Pasangan pengantin Diraja ini telah dinikahkan oleh Mufti Pahang, Datuk Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang untuk menjadi wakil rasmi baginda.
FESYEN
Tidak sah bergelar pengantin tanpa busana yang menjadi penghias diri. Tengku Puteri Afzan tampil anggun menggayakan busana baju kurung moden yang direka oleh Haute Couture by Ri.
Busana berona putih penuh renda itu direka dengan sulaman bertingkat di bahagian labuh baju dan juga hujung lengan dan kain. Menjadikan ia lebih mewah, taburan batuan jemeki memenuhi busana memberikan efek kilau menarik.
Melengkapkan penampilan keseluruhan, aksesori perhiasan kemas bertatah berlian dan zamrud seperti kalung dan kerongsang memercik serlahan warna kepada busana serba putih itu.
Balutan hijab cantik terletak yang digayakan oleh Tengku Puteri Afzan pula disempurnakan oleh penata hijab terkenal, Nazrul Anas Zunaidi.
CANTIK
Keserian puteri raja berusia 23 tahun ini tidak disangkal lagi, apa tidaknya, Tengku Puteri Afzan memiliki kecantikan semulajadi yang diwarisi daripada bondanya.
Untuk majlis pernikahan, jurusolek terkenal tanah air, Rozlan Nassir telah diberi tanggungjawab untuk merias wajah Tengku Puteri Afzan. Gaya solekan yang segar menyerlahkan lagi raut keanggunan wajah anakanda kesayangan Sultan dan Tengku Ampuan Pahang itu.
Sekadar info, FD Idzham merupakan anak sulung kepada Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor dan isteri, Datin Seri Hafizah Zakaria.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida ada menyuarakan pendapat atas kemenangan penyanyi Cliff Umar menerusi rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), pada Ahad.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerusi video di IG TV menyifatkan kemenangan vokalis kumpulan Projek Pistol itu sememangnya layak bergelar juara atas dasar kelainan persembahan yang ditunjukkan berbanding dengan peserta lain.
“Sejak saya dah tak taja Gegar Vaganza saya dah tak tengok sangat dan saya dah tak layan sangat sebab macam ‘so-so’ sahaja setiap minggu sama saja.
“Tapi malam ini yang saya rasa peserta underdog dululah dan bukan peserta kegemaran saya pun tiba-tiba membuat satu benda yang luar jangkaan, bijak dan lain dari yang lain.
“Mengunakan satu pendekatan yang berbeza daripada peserta lain. Ini yang kita nak walaupun ramai yang meneka itu ini menang tapi firasat saya betul, 100 peratus yakin yang dia akan menang. Tahniah Cliff Umar,” katanya.
Vida pada masa sama menambah, seseorang penyanyi juga perlu melakukan rujukan dan punyai personaliti tersendiri demi survival dalam seni.
“Pandai dan bijak cara persembahan dia di atas pentas dan saya di rumah terhibur sangat. Saya tak kisah fasal kontroversi yang tak boleh ditegur lah apa lah, saya tak kisah.
“Jadi kepada artis yang nak masuk pertandingan kena rajin buat ‘homework’, jangan duduk di takut yang lama. Kita nak persembahan yang di luar kotak, lain daripada yang lain.
“Dengan cara tersendiri tanpa meniru pembawakan sesiapa maka anda akan mendapat tempat dalam industri.
“Anda telah memberikan yang terbaik dan anda memang layak memegang gelaran juara Gegar Vaganza ketujuh tahun 2020,” katanya panjang lebar.
Meninjau ke ruangan komen, wargamaya turut memberikan reaksi dan pendapat masing-masing.
Terdahulu, Penyanyi Cliff Umar dinobatkan sebagai juara program hiburan tahunan itu sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej penginapan berserta trofi.
Naib juara pula disandang Mus dan sekali gus melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai RM50,000, pakej penginapan berserta trofi.
Tempat ketiga dimenangi Ayu Damit sementara Noraniza Idris dan Linda Nanuwil masing-masing tempat keempat dan kelima.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM15,000 beserta trofi kemenangan.
Manakala, Oja pula ditempat keenam dan Ashira di tempat terakhir.
GV7 disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu, setiap Ahad jam 9 malam.
Pentas akhir GV7 dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan dibawakan oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Foto: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!