“Doktor Kata Banyakkan Buat Position Sujud & Doa…,” – Bayi Dalam Di Posisi Songsang, Tasha Manshahar ‘Update’ Situasi Hamil

Share

Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan kandungannya selapas mengadakan pemeriksaan bulanan bersama pihak doktor.

Menurut Tasha, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana kandungannya itu dilaporkan berada dalam keadaan yang sangat baik.

Katanya lagi, saiz bayi juga difahamkan agak sedikit kecil jika ingin dibandingkan ketika dia mengandungkan anak sulungnya.

“Alhamdulillah settle monthly checkup. Alhamdulillah kalini saiz baby tak sebesar masa scan Muammar dulu. Air ketuban pun normal (dulu terlebih. berenang-renang kawan dekat dalam perut),” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Tasha memaklumkan dia diminta untuk memperbanyakkan melakukan aktiviti regangan memandangkan keadaan bayi di dalam kandungannya itu difahamkan masih lagi berasa di posisi songsang.

“Gula pun okay. HB pun cantik. Syukur Alhamdulillah. Cuma tu lah, baby breech lagi. Doktor kata jumpa lagi tiga minggu. Hopefully by that time baby dah pusing.

“Doktor kata banyakkan buat position sujud tu and doa. Siapa ada tips pusingkan baby yang breech (songsang) lagi please share tauuu,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut berharap agar Tasha dan kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Banyakkan bercakap dengan baby. InsyaAllah pusing lagi tu sebab haritu saya pun macam tu. Sebelum tidur pujuk dia cakap dengan baby.

“Tips sama dengan doktor tu. Position sujud tu memang membantu. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan urusan bersalin kali ini.

“Syukur alhamdulilah. Semoga terus sihat mommy dan baby. Amin,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Tasha dan Raqib telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 September 2018.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini terlebih dahulu telah dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Muammar Rafiqi yang kini baru berusia dua tahun.

Sumber: Instagram Tasha Manshahar

Published by
Aizam Manaf