Pelakon, Shima Anuar memaklumkan tahap kesihatannya kini sudah pun menunjukkan tanda-tanda positif selepas baru sahaja menjalani prosedur pembedahan akibat komplikasi hamil luar rahim (ectopic pregnancy).

Berkongsi kisah di laman Instagram, Shima memberitahu, dia kini harus mengenakan bengkung agar dia dapat menegakkan badannya.

“Day 3 after operation. Slowly dah boleh tegakkan badan. And i need my bengkung to support me. Bengkung ni memang khas untuk czer. Beli masa beranakkan Sophia.

“Kalau tak asyik bongkok je bila bangun. Macam nak patah dah pinggang ni tahan sakit. Last night perut sakit sgt sebab banyak angin. Kentut pun malu-malu nak keluar. Caner tah. Ishh! Stress betul,” katanya.

“Doktor Kata Tak Payah, Kita Pula Takut Wak…,” – Shima Anuar ‘Update’, Dedah Akan Berpantang Seperti Biasa

Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa ini turut mendedahkan dia akan tetap menjalani proses berpantang seperti biasa demi menjaga badan serta organ dalamannya.

“This morning minum air halia. Baru la ok. And tomorrow baru start pantang dgn my CL. Actually haritu doc kata takyah pantang pun takpe. You can eat whatever you want to eat. Hahah kite pulak takut wakkk.

Ads

“Kite sayang badan. Better pantang jela. Hopefully luka kat dalam tu cepat baik. Later kite share-share lagi ok?,” ujarnya lagi.

“Doktor Kata Tak Payah, Kita Pula Takut Wak…,” – Shima Anuar ‘Update’, Dedah Akan Berpantang Seperti Biasa “Doktor Kata Tak Payah, Kita Pula Takut Wak…,” – Shima Anuar ‘Update’, Dedah Akan Berpantang Seperti Biasa

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut terinspirasi dengan semangat dan kekuatan yang ditunjukkan oleh Shima.

“Get well soon babe. Much love and prayers coming your way.

Ads

“Awak ni strong woman la. Speedy recovery babe. Sending big hug.

“You kan memang betul-betul kuat. Segala kerja you boleh buat. Then, tiba-tiba jadi macam ni, I tengok you betul-betul seorang wanita, isteri dan ibu yang kuat. I adore you sangat-sangat.

“Speedy recovery babe. Strong mommy. Selamat berpantang.

“Ingatkan anak dara rupanya dah kahwin. Sangat cantik dan pandai jaga badan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Ads

Beberapa hari lalu, Shiha mengejutkan ramai selepas memaklumkan kandungannya terpaksa dibedah.

Shima juga dilaporkan telah kehilangan banyak darah sewaktu pembedahan tersebut berlangsung.

“Doktor Kata Tak Payah, Kita Pula Takut Wak…,” – Shima Anuar ‘Update’, Dedah Akan Berpantang Seperti Biasa

Sekadar informasi, Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Shima Anuar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI