Pengacara dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman memaklumkan dirinya telah dikejarkan ke sebuah hospital di Kuantan, Pahang selepas didapati berada dalam keadaan lemah dan hampir pengsan pada Rabu.

Menurut PU Azman, insiden tersebut berlaku mungkin disebabkan kurangnya rehat dek kerana jadual kerja yang dikatakan begitu padat sejak kebelakangan ini.

“Share sebab nak korang doakan. Mungkin keletihan sangat sebab 4 program back to back.
Moga sakit ini kaffaroh dosa cik man.

Ads

“Terima kasih My Health Clinic, Kuantan. Doktor masukkan air 1 pin. Dahla aku memang masuk air.

“Korang jangan salah paham. Cik man lemah dan nak tumbang. Bukan pregnant,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh PU Azman atau lebih mesra di sapa Cik Man itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Cik Man lekas sembuh.

“Doktor Masukkan Air Satu Pin,” – Hampir Tumbang Hadiri 4 Program Back To Back, PU Azman Dikejarkan Ke Hospital “Doktor Masukkan Air Satu Pin,” – Hampir Tumbang Hadiri 4 Program Back To Back, PU Azman Dikejarkan Ke Hospital

Ads

“Doktor Masukkan Air Satu Pin,” – Hampir Tumbang Hadiri 4 Program Back To Back, PU Azman Dikejarkan Ke Hospital

Terdahulu, Cik Man kini dilihat sibuk mempromosikan racangan terbarunya berjudul Tanya Cik Man Musim Ke-3 yang bersiaran pada setiap Selasa jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis.

Sumber: Instagram PU Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI