Doktor Sahkan Kantung ‘Kosong’, Shukri Yahaya Redakan Hati Isteri Gugur, Tiada Rezeki Timang Anak Kedua

Share

Pelakon, Shukri Yahya mendedahkan lada April lalu, isterinya, Tya Adnan telah mengalami keguguran.

Bagaimanapun, bintang filem Ular berusia 31 tahun itu reda kerana belum memperoleh rezeki timang zuriat

Katanya seperti yang dipetik Berita Harian, isterinya itu disahkan berbadan dua, Mac lalu.

“Tya disahkan hamil, Mac lalu. Namun, ketika itu, saya tidak mahu berkongsi kepada umum.

“Pada fikiran saya, biarlah orang ramai tahu sendiri atau jika ada yang bertanya,” katanya seperti yang dipetik.

Sementara itu, Shukri turut mengakui andai ada rezeki lagi selepas ini, dia mengimpikan anak lelaki memandangkan permata tunggalnya seorang perempuan.

“Apabila disahkan doktor, kandungan sudah ‘kosong’. Tipulah jika saya kata tidak kecewa, cuma saya reda dengan ketentuan Tuhan.

“Insya-Allah… Saya pasti rezeki ada pada masa hadapan. Dikurniakan anak sulung perempuan, saya teringin anak lelaki untuk melengkapkan keluarga kecil saya,” kongsi Shukri.

Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan seorang puteri, Aaira Ameena yang kini berusia tiga tahun.

Foto : Instagram Shukri Yahya

Published by
MH