Selepas disahkan positif Covid-18, pelakon Iman Suhana,32, mengakui paranoid dan bimbang kerana terlalu memikirkan mengenai keadaan bayi yang dikandung sepanjang menjalani tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh selama lapan hari.
Bintang drama Takdir Yang Tertulis itu yang kini sarat hamil lapan bulan bagaimanpun bersyukur apabila doktor memaklumkan, keadaan diri dan anak berada dalam keadaan yang stabil.
“Saya baru saja dibenarkan pulang hari ini (Sabtu) selepas lapan hari menjalani kuarantin di Hospital Sungai Buloh bagi memantau keadaan saya yang berisiko tinggi kerana berbadan dua.
“Sebelum dimasukkan ke hospital saya terlebih dahulu menjalani kuarantin di rumah selama dua hari tapi doktor menyarankan saya ditahan di wad supaya dapat memantau bacaan jantung bayi dalam kandungan dan oksigen saya.
“Ketika dapat tahu saya positif virus ini saya memang mendiamkan diri dan tidak beritahu sesiapa sebab saya tak kuat nak hadapi situasi ini. Tambah lagi, saya risaukan keadaan anak dalam kandungan.
Ads
“Malah menjalani kuarantin di hospital saya akui sangat mencabar sebab tidak boleh ke mana-mana. Saya juga terpaksa berjauhan dengan anak sulung buat kali pertama,”katanya.
Ads
Iman menjelaskan, dia dijangkiti wabak itu daripada suaminya yang terlebih dahulu disahkan positif Covid-19.
“Apabila jadi kontak rapat suami yang disahkan positif Covid-19, saya terus rasa tak sedap hati. Jadi saya pun buat ujian saringan di rumah dan mendapati saya juga positif.
Ads
“Kemudian saya ke klinik dan keputusan masih sama. Tapi mujurlah tiada gejala yang teruk berlaku. Demam pun sekejap saja.
“Tapi sepanjang 10 hari kuarantin saya masih mengalami batuk, selesema dan sakit tekak. Tapi tidak teruk, Alhamdulillah,” katanya lagi.
Iman mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Syazwan Ibrahim, 32, pada 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maya Inara yang kini mencecah usia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Bollywood, Preity G Zinta atau lebih mesra disapa Preity Zinta tampil membuat kenyataan kepada umum mengenai nama sebenarnya yang selama ini telah disalahertikan oleh sesetengah pihak.
Memuat naik video di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini menegaskan bahawa nama tersebut bukanlah nama sebenarnya biarpun telah tular di internet.
“Selama ini saya selalu membaca dalam pelbagai artikel yang dikeluarkan oleh media bahawa saya telah menukar nama saya daripada Pritam Singh Zinta kepada Preity Zinta. Saya telah cuba untuk membetulkan fakta ini berkali-kali.
“Nama tersebut muncul apabila dalam set penggambaran filem Soldier, Bobby Deol memanggil saya dengan nama Pritam Singh sebagai gurauan.
“Filem tersebut berhasil menjadi filem blockbuster dan persabahatan kami berkembang. Kalau anda terjumpa Bobby boleh bertanya kepadanya kenapa dia memilih nama tersebut,” jelas pelakon berusia 48 tahun ini mengenai bagaimana nama tersebut boleh muncul.
Tidak menafikan nama tersebut wujud sebagai gurauan seorang sahabat, Preity turut menyatakan bahawa nama tersebut melekat sehingga kini.
“Sejak itu nama gurauan tersebut melekat pada saya sehingga kini. Jadi untuk terakhir kalinya saya membuat kenyataan bahawa Pritam Singh bukanlah nama sebenar saya, Harap ini menjelaskan segala-galanya untuk anda semua,” tambahnya lagi.
Imbas kembali, filem Soldier lakonan Preity Zinta bersama Bobby Deol ditayangkan pada tahun 1998 dan menjadi salah satu filem blockbuster Bollywood yang mencapai keuntungan bernilai jutaan dolar.
Menerusi lakonannya di dalam filem itu dia telah dinobatkan sebagai Pendatang Baharu Wanita Terbaik di Anugerah Filmfare.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Nyanyian semula lagu Suci Dalam Debu oleh Azwan Ali dan Elly Mazlein sebagai membuka program Lagu Cinta Kita 2 episod keempat yang dikendalikan mereka malam tadi mencuri perhatian wargamaya.
Rata-rata memuji kebolehan keduanya dalam menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Iklim itu dengan baik.
Malah, sedutan video nyanyian mereka yang dikongsikan menerusi saluran YouTube TV3MALAYSIA Official juga sudah pun ditonton lebih 35,000 kali kurang 12 jam selepas ia dimuat naik.
Berikut antara komen yang diberikan pelayar YouTube apabila menonton persembahan mereka;
Lagu Cinta Kita 2 menemui penonton TV3 secara siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam dan program inijuga boleh strim live HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3 Malaysia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti, Zahida Rafik ada berkongsi cerita bersama peminat menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Menariknya, Zahida kini sudah mengisi masa dengan melakukan sukan berkuda.
Kongsi Zahida, dirinya telah memasang impian untuk mahir dalam sukan berkuda sambil memanah.
“Angan2 sis tetap tinggi,kuda baru nk masuk level canter,cuba tengok nex video,itu pun masih pegang saddle
“tapi dah fikir berkuda sambil memanahbut its ok, angan2 tu kan free but if u want something in life u have to go for it, jgn ckp2 tapi tk buat, i ni pulak jenis yang, if i want something i akan achieve till i dapat, for me itu satu kepuasaan
“Stay focused, go after your dreams and keep moving towards your goals#horseriding #myhappymoments #lifeisbeautiful #blessed,” tulisnya.
Untuk rekod, Zahida merupakan artis berdarah kacukan Melayu-Pakistan dan telah dilahirkan pada 10 April 1975 di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Zahida Rafik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...