Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mendedahkan sebagai wanita yang kini sedang hamil anak pertama, dia hanya dibenarkan untuk mengambil dua ulas durian sahaja.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Mata ini selepas ditanya peminat selepas dia dilihat sedang menikmati durian bersama suaminya, Nabil Mahir.
Menerusi video tersebut, Nabil sedang makan durian bersama nasi sementara Ayda pula lebih gemar makan raja buah itu begitu sahaja.
Usahawan selebriti, Mila Jirin syukur nikmat selepas sukses kini melebarkan sayap perniagaan perancang perkahwinan dan katering miliknya di selatan tanah air, Iskandar Puteri, Johor.
Selain menyifatkan ia satu kejayaan, Mila atau nama lengkapnya Noorsyarmilla Jirin menyatakan rasa syukur apabila perniagaannya kini semakin berkembang maju.
“Alhamdulillah… Dengan izin ALLAH, projek BIZMILLA (2 Banquet Hall) di Eco Galleria, Iskandar Puteri SIAP dan SYUKUR semua urusan dipermudahkan oleh Allah,” tulisnya di Instagram.
Meski telah berjaya, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini bagaimanapun memberitahu ia bukan satu hal yang mudah untuk dikecapi.
“Tak ada pekerjaan yang MUDAH tetapi dengan Izin Allah yang maha Kuasa, Insya Allah. Allah bantu untuk mudahkan urusan pekerjaan kita. #Alhamdulillah TAHNIAH team #Bizmilla @isz_mustapha @bizmilla_wedding_centre,” tulisnya lagi.
Link posting
Selain di Johor, Mila turut kembangkanlagi perniagaannya di Putrajaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika ramai yang berpusu-pusu untuk mengadakan program podcast sendiri, berbeza pula buat pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi yang memutuskan untuk tidak lagi terlibat di dalam program berkonsepkan temu bual eksklusif.
Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, dia kini sudah tidak selesa untuk menekan atau bertanyakan soalan peribadi kepada tetamu.
“Sebelum adanya podcast, kami sudah lama buat program sebegitu cuma ia ditayangkan di TV. Namun, saya tidak akan mengacarakan program sebegitu lagi
“Itu pilihan saya sendiri. Saya tak mahu buat program temubual yang melibatkan sisi peribadi atau mengorek rahsia seseorang.
“Saya sudah sampai tahap usia yang pentingan keamanan ketika bekerja. Bila keluar daripada set, saya tak mahu rasa bersalah dan menyesal.
“Dahulu, rasanya lain. Bila kita dapat menekan seseorang itu sehingga mereka tak boleh jawab atau terkeluar cerita lain, kita akan rasa puas,” katanya ketika ditemui MH.
Malah, Pak Nil juga merasakan pengalaman masa lalu telah mematangkan dirinya.
“Alhamdulillah, saya masih lagi diberikan peluang untuk hidup dan bernyawa sehingga memasuki kitaran hidup yang memberikan kesedaran.
“Umur saya dah masuk 62 tahun. Allah masih membuka pintu buat saya memohon maaf kepada orang dan bertaubat. Dia juga beri ruang untuk saya kumpul saham akhirat.
“Saya tak suruh orang lain untuk berhenti, segalanya terpulang kepada individu. Namun, poses ini merupakan satu perjalanan sebab sebelum ini, saya juga pernah buat. Jadi, sekarang saya sudah tak selesa lagi,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai program-program podcast yang menjemput panel yang bermasalah sebagai tetamu, ini reaksi yang dikongsikan Pak Nil;
“Zaman kami duhulu, ada badan penapis yang akan memantau bukan sahaja dari segi konten tetapi juga profil tetamu dan topik yang akan dibincangkan. Pakaian pun perlu mendapatkan kelulusan.
“Itu zaman dahulu. Realiti sekarang, kita boleh panggil siapa sahaja untuk tujuan konten dan mengejar viral.
“Segala berbalik kepada pemilik program podcast itu sendiri untuk menentukan matlamat yang ingin dicapai,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Raysha Rizrose, 27, yang selamat bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, pada Rabu mengakui tolak ansur menjadi antara hubungan cinta mereka lebih 10 tahun terus mekar.
Raysha berkata mesti ada ketika hubungan mereka diuji, namun keduanya sepakat untuk mencari persefahaman dan kepercayaan.
“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah. Nabil ada ‘tweet’ kepada saya.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur.
“Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai soal bulan madu dan cahaya mata, adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia ini mengakui mereka tidak merancang.
“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang.
“Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu.
“Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini. Soal anak pula, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan.
“Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya,” katanya yang akui perlu lebih selektif dalam pemilihan watak, seiring dengan batasnya sebagai isteri orang.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan
secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.
Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.
Tanggal 26 Februari ini, pasangan sama cantik sama padan itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, kira-kira jam 8.52 malam tadi. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.