Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mendedahkan sebagai wanita yang kini sedang hamil anak pertama, dia hanya dibenarkan untuk mengambil dua ulas durian sahaja.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Mata ini selepas ditanya peminat selepas dia dilihat sedang menikmati durian bersama suaminya, Nabil Mahir.
Menerusi video tersebut, Nabil sedang makan durian bersama nasi sementara Ayda pula lebih gemar makan raja buah itu begitu sahaja.
“Korang suka ‘nasi + durian’ atau ‘durian’ sahaja? Ke korang ada tambahan bahan lain?
“Wanita yang mengandung sila dapatkan nasihat doktor sebelum makan durian. Jangan pulun macam jumpa boyfriend lama,” tulis Ayda dalam kapsyen.
Ayda menjawab persoalan tersebut pada peminat yang bertanya iaitu;
Sementara itu menerusi ruangan komen, ada juga peminat yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing mengenai Nasi Durian.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Foto: Instagram Ayda Jebat