Sedang hamil lima bulan, menurut pelakon Nadzmi Adhwa, doktor menyatakan isterinya, Ardell Aryana boleh rebah tiba-tiba walaupun sedang duduk.
Malah dia pakar perubatan itu turut menyarankan agar wanita itu menggunakan kerusi rosa sewaktu keluar berjalan.
Namun, walaupun begitu, Nadzmi mengulas semangat isterinya cukup kuat dan selalu mencabar diri untuk berjalan sejauh dua kilometer.
“Doctor kata bila bila masa je dia boleh pengsan even waktu dia duduk sahaja , pun boleh pengsan. Doctor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi degil.
“Come on sayang you can do it, Dia selalu cabar diri dia jalan kaki 2KM lebih sehari kuat betul semangat dia ni .Tapi tak tercapai.
“Takpe sayang cuba lagi cuba lagi dan cuba lagi !!! awak boleh ! You are one of the strongest women ive meet since we were still best friend years ago @ardellaryana,” kongsinya di laman sosial.
Terdahulu, pasangan ini menyertai misi kemanusiaan di Syria selama 20 hari pada 8 Januari lalu, di bawah Yayasan Tabung Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).
Nadzmi dan Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu.
Foto : Instagram Nadzmi Adhwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI