Strok tidak mengenal usia dan sesiapa pun, tidak kira tua atau muda, penyakit tersebut boleh menyerang. Ini dialami sendiri oleh figura terkenal Hailey Bieber, isteri kepada penyanyi, Justin Bieber.

Dia dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom strok ketika sedang menikmati sarapan pagi, Khamis lalu. Merupakan seorang peragawati dan pelakon, wanita cantik itu berkongsi berita tersebut dalam satu perkongsian panjang di Instagram.

“Doktor Temui Gumpalan Darah Beku Dalam Otak,” – Isteri Justin Bieber Dikejarkan Ke Hospital Kerana Alami Simptom Strok

“Pada Khamis pagi ketika sedang menikmati sarapan pagi bersama suami, saya mula mengalami simptom seperti strok dan dibawa terus ke hospital. Mereka mendapati saya mengalami ketulan darah beku kecil di otak yang menyebabkan masalah kekurangan oksigen.

“Tetapi masalah tersebut di atasi sendiri oleh badan saya dan saya pulih dalam masa beberapa jam. Walaupun begitu, ini merupakan satu perkara paling menakutkan yang pernah lalui,” kongsinya.

Ads

“Doktor Temui Gumpalan Darah Beku Dalam Otak,” – Isteri Justin Bieber Dikejarkan Ke Hospital Kerana Alami Simptom Strok

Hailey turut berkongsi yang dia sudah pun pulang ke rumah setelah diperiksa dan dirawat oleh para doktor dan jururawat di Hospital Palm Springs.

Ads

Ujarnya lagi, “Sekarang saya sudah berada di rumah dan keadaan saya baik. Saya berterima kasih kepada para doktor dan jururawat yang merawat dan menjaga saya dengan baik. Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang bertanya khabar dan cakna akan keadaan saya. Terima ksih untuk sokongan dan rasa kasih anda.”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Takkan Berhenti Mencintaimu,” – Justin Bieber Sambut Ulang Tahun Ke-25 Isteri Dengan Ucapan Romantis

Ads

“Doktor Temui Gumpalan Darah Beku Dalam Otak,” – Isteri Justin Bieber Dikejarkan Ke Hospital Kerana Alami Simptom Strok

Sekadar informasi, pemilik nama penuh Hailey Rhode Bieber ini merupakan anak kepada pelakon terkenal Hollywood, Stephen Baldwin. Dia berkahwin dengan Justin Bieber pada November 2018 ketika berusia 22 tahun.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI