Sejak awal pagi tadi, industri seni tanah air dikejutkan dengan perkhabaran melibatkan pelakon, Jasmin Hamid yang didakwa telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat serangan jantung.
Terbaru, menerusi hantaran terkini di laman Instagram Jasmin, suaminya Nazmir Abd Rahim memaklumkan mengenai keadaan terkini isterinya itu.
Menurut Nazmir, Jasmin bukan dirawat di ICU sebaliknya dia ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU).
Katanya lagi, Jasmin telah terkena serangan jantung pada malam tadi buat kali yang pertama.
“Assalamualaikum semua. Saya suami kepada Jasmin ingin memberi tahu keadaan terkini isteri saya. Sekarang ini, beliau berada di wad CCU dan bukan ICU kerana serangan jantung semalam untuk pertama kali.
“Keluarga beliau memang ada sejarah jantung. Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung,” tulisnya.
Ads
Nazmir turut menambah, pihak doktor juga terpaksa memberikan bantuan ubat bagi melancarkan saluran darah ke jantungnya.
Dikesempatan itu juga, Nazmir turut memohon kepada orang supaya menitipkan doa agar pelakon drama, 7 Hari Mencintaiku 3 itu dapat kembali sembuh dengan segera.
“Pada yang sayangkan beliau, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala secepat mungkin,” ujarnya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan rasa terkejut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Jasmin.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan. Cepat sihat ya kak. Love you,” balas pelakon, Wan Sharmila
“Allahu, semoga Kak Min selamat dan sihat,” komen pelakon, Fizo Omar.
“Ya Rab, berikanlah kesembuhan dengan segera buat Jasmin dan kembali sihat walafiat. Dipanjangkan umur dalam rahmatmu,” balas rakan artis, Umie Aida.
Ads
“Semoga Allah beri kesembuhan dengan segera buat sahabatku Jasmin,” respon pelakon, Ziela Jalil.
Awal pagi tadi, beberapa rakan artis dilihat telah memuat naik beberapa hantaran khas di Instagram bagi memohon para netizen untuk sama-sama mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Jasmin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh atmosfera dunia Hollywood sejak beberap hari ini apabila aktor Channing Tatum secara terbuka ‘payung’ hubungan mesranya dengan penyanyi Flashlight, Jessie J.
Malah, keduanya dilihan berliburan dan jalan berpimpinan tangan di pinggir Hollywood, baru-baru ini tanpa menghiraukan aksi mereka dirakam lensa kamera paparazzi.
Pasangan selebriti itu itu tampi mengenakan persalinan kasual sambil tersenyum saat ditanya mengenai hubungan di antara keduanya. Foto-foto kandid mereka juga turut dikongsi ramai di media sosial.
Lebih menguatkan spekulasi, ada pengguna dari Twitter juga mendakwa pernah melihat pasangan ini berkongsi Channing Tatum dilihat menghadiri beberapa konsert Jessie J di Seattle dan Salt Lake City.
Bahkan, aktor bergelar duda itu juga dikatakan turut mengisi masa bersama penyanyi asal Britain itu bermain golf mini minggu lalu.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular kelahiran Indonesia, Renaldy Putra Ramadhana memaklumkan dirinya teruja apabila diberi peluang untuk mengembangkan kerjaya di Malaysia.
Menerima tawaran membintangi filem Gadis Felai yang melakukan penggambaran ketika ini, Renaldy tidak menyangka apabila mendapat tawaran daripada syarikat produksi Malaysia.
“Sudah tentu tawaran ini tidak akan saya tolak sama sekali. Pada saya, ia pengalaman yang sangat berharga dapat bergandingan dengan pelakon di sini.
“Sejujurnya saya tidak mengenali sangat pelakon Malaysia, kecuali beberapa nama seperti Meerqeen yang mana dramanya, Melur Untuk Firdaus popular di Indonesia.
“Bagaimanapun saya sedia bergandingan dengan heroin filem ini iaitu Isyariana serta pelakon popular lain di sini,” katanya.
Renaldy menambah, kehadirannya dalam filem tersebut diharapkan mampu menjadi batu loncatan untuk dirinya lebih dikenali di negara ini.
“Saya sedar ramai juga pelakon Indonesia yang cukup popular dan terkenal di sini. Jadi, tidak mustahil dengan membintangi filem ini menjadi platform untuk peminat Malaysia mengenali saya.
“Pada masa akan datang, saya juga tidak kisah jika terus mendapat tawaran untuk berlakon di Malaysia, sama ada filem atau sinetron (drama),” katanya lagi.
Selain Renaldy, pelakon Indonesia yang turut membintangi filem arahan Zamri Zakaria itu termasuk Tsania Marwa.
Filem yang mula menjalani penggambaran 13 November lalu itu turut membabitkan lakonan Azrel Ismail, Norkhiriah dan Zaryn Min.
Menerusi naskhah berkenaan yang mengisahkan pelaburan Forex, Renaldy membawakan watak sebagai jejaka dari seberang bernama Eko.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh, Fila Amir atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi, dan suami tercinta, Adama Mohamed Camara, yang selamat menimang cahaya...