Grup popular, Dolla teruja dan tumpang gembira dengan kelahiran cahaya mata pertama bekas anggotanya, Syasya.
Menurut salah seorang anggotanya Sabronzo, dia bersama Tabby dan Angel memang sudah meramalkan Syasya bakal dikurniakan bayi yang comel.
“Kami sangat teruja dan turut tumpang gembira buat Syasya. Bayinya juga sangat comel. Kami memang sudah menjangkakan itu,” katanya kepada MH.
Dolla berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran dan pengumuman salaku duta produk minuman teh Yoe’s yang berlangsung di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), pada Sabtu.
Tambah Sabronzo lagi, mereka kini menunggu masa yang sesuai untuk melawat Syasya selain tidak sabar melihat puteri sulung penyanyi berkenaan.
“Ketika ini, Syasya sedang menjalani proses berpantang. Kami faham saat ini dia mahu meluangkan masa bersama bayi dan keluarganya.
“Jadi, kami mahu memberikan ruang dahulu buat Syasya untuk perkara yang lebih utama.
Bila Syasya sudah bersedia untuk berjumpa nanti, kami tinggal datang ke rumahnya sahaja,” katanya lagi.
Pada 23 Disember lalu, Syasya berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata.
Malah, Syasya dan suami turut bersepakat untuk menamakan anak mereka, Muhammad Yassir Hayyan.
Dalam perkembangan lain, Dolla akui teruja apabila dapat menjalinkan kerjasama dengan jenama minuman terkemuka tanah air, Yoe’s.
“Sepanjang kerjasama ini, kami dan pihak Yoe’s punyai pengalaman yang sangat menyeronokkan. Mereka juga sangat komited bermula dari sesi di studio sehinggalah proses penggambaran iklan.
“Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama besar dan popular. Mereka memainkan peranan yang besar sejak usia kami masih kecil,” kongsi Angel.
Dolla Rancang Adakan Konsert Di Singapura
Sementara itu, Dolla teruja untuk mengumumkan perancangan mereka berhubung penganjuran konsert pertama mereka di luar negara iaitu di Singapura pada tahun ini.
Kongsi Sabronzo, idea itu muncul selepas konsert pertama mereka di ibu negara pada Ogos lalu menetima sambutan yang sangat memberangsangkan.
“Sebelum ini kami dah buat konsert di KL dan sambutannya sangat hebat daripada peminat kami. Pada masa yang sama, kami sedar yang Dolla juga ada ramai peminat di Singapura.
“Jadi buat sesiapa yang tidak dapat hadir ke konsert Dolla sebelum ini di KL, kami berharap akan mengadakan konsert di Singapura kali ini,”ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI