“Don’t Be Sad, InsyaAllah God Has Better Things Coming Your Way,”- Fasha Sandha Sedih Tinggalkan Status Janda, Peminat Titip Doa

Share

Pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz sentiasa menjadi perhatian peminat dek kerana kemesraan mereka berdua yang sangat romantis.

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen; 

“Sedih meninggalkan title Janda .. wanita Hari Ini Sekarang”tulisnya. 

Lantas, gambar tersebut telah menjadi perhatian peminat setelah melihat perkongsian pelakon yang berusia 34 tahun itu. 

Lalu, peminat telah titipkan kata-kata semangat kepada Fasha untuk supaya tidak lagi berasa sedih untuk mengakhiri status ibu tunggal. 

Malah, peminat turut merasakan Fasha sepatutnya berasa gembira kerana telah bertemu jodoh yang boleh menerima dirinya seadanya. 

Terdahulu, pasangan ini telah bertunang pada 18 November 2018 yang lalu setelah hampir 3 tahun Fasha bergelar status ibu tunggal. 

Foto : Instagram Fasha Sandha

Published by
Nazar Rafiqhi