
Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Donna Muslim telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menjadi perhatian apabila Donna telah memuat naik gambar ketika dia bersama dengan seorang pelakon jelita, Fatin Afeefa.
Difahamkan, foto tersebut dirakam sewaktu mereka menjayakan sebuah projek.
“Don’t worry , we happy #shoot #commercial#longtimenosee#goodtoworkwithyou #blessed#alhamdulillah #rezeki #talent #tvc”tulisnya.
Di samping itu, mereka kelihatan begitu sangat mesra apabila saling membalas komen di gambar tersebut.
Lalu, peminat telah meluahkan rasa cemburu apabila melihat kemesraan mereka berdua.
Terdahulu, Donna dan Fatin telah berkerjasama untuk sebuah rakaman iklan televisyen.
Foto : Instagram Donna Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Angelina Jolie Muat Naik Surat Daripada Gadis Afghanistan Sebagai Hantaran Pertama Instagramnya. Raih 5.2 Juta Pengikut Dalam Masa Kurang 24 Jam

Aura pelakon dan aktivis hak asasi manusia ini tidak boleh disangkal lagi. Dia baru sahaja mengambil keputusan untuk memiliki akaun Instagram dan tidak sampai 24 jam, kini dia sudah mengumpul lebih 5.2 juta pengikut.
Memilih untuk mulai aktif di sosial media, ibu kepada enam cahaya mata ini nampaknya menggunakan platform tersebut untuk meraih kesedaran tentang masalah yang berlaku di dunia.
Selaku duta khas pelarian bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina memuat naik sepucuk surat kiriman seorang gadis Afghanistan kepadanya pasca kekuasaan Taliban yang kini sudah menakluk kerajaan negara tersebut. Meraih perhatian ramai, hantaran itu kini menerima lebih dua juta tanda suka dan lebih 100 ribu komen.
Pelakon jelita itu bercerita pada hantaran tersebut, “Ini adalah surat yang saya terima daripada seorang gadis remaja di Afghanistan. Sekarang ini, rakyat Afghanistan hilang hak mereka untuk berkomunikasi di media sosial dan mengekspresikan diri secara bebas. Oleh itu, saya ada di Instagram untuk berkongsi kisah dan suara mereka di seluruh dunia yang ketika ini memperjuangkan hak asasi asas mereka”
Dia yang bakal muncul dalam filem terbaru ‘The Eternals’ memutar kembali memorinya ketika dia bertemu pelarian dari negara bergolak itu dua puluh tahun lalu beberapa hari sebelum terjadinya insiden serangan pengganas 9/11.
“Sungguh menyedihkan apabila melihat orang Afghanistan kehilangan rumah mereka kerana rasa takut dan ketidakpastian yang mencengkam negara mereka. Membelanjakan begitu banyak masa dan wang, untuk menumpahkan darah dan kehilangan nyawa hanya untuk mencapai ini keadaan ini adalah kegagalan yang hampir mustahil untuk difahami,” tambahnya lagi.
Luahanya ini seolah-olah mencerminkan kekecewaan terhadap apa yang terjadi tatkala keputusan Amerika Syarikat yang mengambil keputusan untuk tidak lagi menempatkan tentera mereka di negara tersebut.
Pelakon ini juga berjanji yang dia tidak akan mengabaikan apa yang terjadi kepada rakyat Afghanistan dan akan terus berusaha untuk membantu menerusi apa cara sekalipun. Selain itu dia turut mengajak semua pihak untuk bersama dengannya dalam inisiatif yang bakal dilakukan kelak.
Sumber: Instagram Angelina Jolie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lepas Ni Tak Cerialah Tak Dengar Suara Abang Jem,”- Selepas 13 Tahun, Salleh Yaccob Undur Diri Dari Sinar.fm

Sebentar tadi, pelawak senior dan penyampai radio, Salleh Yaccob mengumumkan pengunduran dirinya daripada Sinar.fm.
Difahamkan, bintang senior itu mengambil keputusan tersebut selepas lebih 13 tahun berkhidmat bersama stesen radio berkenaan.
Menurut Salleh, 13 tahun itu sudah terlalu lama dan dia juga mahu memberi peluang kepada generasi baru untuk menggantikan tempatnya.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun Instagram rasmi Sinar.fm.
View this post on InstagramA post shared by SINAR (@sinar_my) on
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar Sinar.fm selama 13 tahun saya di Sinar.fm.
“Andalah peneman saya dan saya rasa seronok bersama dengan Sinar.fm dan hari ini adalah hari yang terakhir.
“Kenapa saya berhenti kerana sudah cukup selama 13 tahun yang merupakan jangka masa yang panjang dan munkin sudah tiba saya ke arah baru dan beri peluang kepada orang lain,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih mendengar pengumuman pelawak tersebut.
Apapun, kita harus tetap menghormati keputusan Salleh dan selamat maju jaya MH ucapkan kepada abang Salleh untuk apa jua bidang yang akan diceburinya selepas ini.
Abang Jem tetap di hati!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shila Amzah Telah Selamat Bergelar Ibu

Penyanyi Nurshahila Amzah atau sinonim dengan panggilan Shila Amzah ada berkongsi berita gembira bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Kongsi penyanyi lagu Tiada Dirimu ini, dia telah selamat melahirkan anak pertamanya, malam tadi.
Menurut Shila, dia berasa teruja kerana anak lelakinya dilahirkan pada hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62.
“Syukur Alhamdulillah, sha selamat melahirkan our first baby malam tadi pada 31 August 2019 (jatuh pada Hari Merdeka dan Awal Muharram) , jam 11.43, secara emergency c section, seberat 2.88kg
“Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua.. Terima kasih banyak
“Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki..
“Memperkenalkan.. Seth Uwais Bin Haris Idraki Sekarang sha di nasihatkan utk berehat oleh doctor setelah 55 jam 43 minit sha berada dalam labour..Doakan sha cepat sihat ya?
“Sorry tak dapat balas semua, tapi sha Dan Haris hargai sangat2 #alhamdulillah #babyboy#Augustbabies#merdekababy#SethUwais,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on
Dalam pada itu, peminat turut menitipkan ucapan tahniah kepada Shila dan suami.
Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Foto : Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI