Fuh, makan dalam setiap kata-kata yang keluar daripada mulut Zarina Anjoulie, lebih-lebih lagi mengenai lelaki yang mengharapkan wanita bagi menanggung makan minum mereka.
Ulas Zarina, dia membenci lelaki yang menumpang kesenangan, namun dalam masa yang sama bermain kayu tiga di belakang.
“Aku memang benci, lelaki yang, if I’m making more money than you, don’t you dare try to text other bitches behind my back. Don’t you dare try cheat on me. Don’t you dare melayan perempuan lain.
“Kalau aku kahwin dengan kau, kau kena duduk rumah aku sebab rumah kau sekangkang kera yang kena beratur empat orang adik beradik nak masuk toilet.
“Kau jangan nak berani mesej perempuan lain and come to me cakap susah senang sama-sama bila kahwin, shut up.”
Tambahnya lagi, mengapa dia perlu bersusah payah mencari nafkah sedangkan lelaki tidak berusaha memperbaiki diri.
“Aku dah banyak duit, kalau aku nak kawin, buat apa aku nak jatuhkan kasta aku, nak susahkan diri aku sebab kau yang tak usaha sekuat aku.
“Korang sedar tak term susah senang sama-sama akan di apply hanya bila lelaki tu miskin, perempuan kaya. Let me rephase, bila kata susah senang sama-sama, aku miskin aku lelaki, aku nak kikis duit kau.
“Wahai perempuan, tanggunglah aku. Bila aku senang, bye-bye.
“Ada tak korang tengok mana-mana term susah senang sama-sama apply bila laki tu kaya, perempuan tu miskin. Ada tak?
“So wahai semua perempuan , jangan kena brainwash,” kongsinya panjang lebar.
Terkesima MH mendengar luahan pelakon kontroversi ini, namun bila difikirkan kembali, ada betulnya juga.
Mungkin disebabkan kaum wanita kini yang bijak berdikari menyebabkan ada kaum lelaki lepas tangan. Opss!
Foto – Instagram Zarina Anjoulie