Tiada lagi busana cantik atau penampilan menyerupai wanita ditonjolkan di laman sosial, perkongsiannya kini dilihat lebih menjurus ke arah motivasi dengan penampilan lebih kepada lelaki.

Terbaru, Safiey Illias menerusi Instagram bercerita perihal Solat Dhuha dan peristiwa di sebalik turunnya surah Ad Dhuha.   

Nak share sikit harini tentang Solat Dhuha dan apa peristiwa disebalik turunnya surah Ad Dhuha.

“Surah ini ada 11 ayat , diturunkan di Mekah. Surah ini dimulakan dgn SUMPAH. Allah bersumpah dgn waktu dhuha & waktu malam. Waktu dhuha waktu manusia mencari rezeki,utk dapat keberkatan & kemudian pada waktu malam pula waktu manusia berehat daripada kelelahan paginya. Waktu malam yg sunyi itu,Allah khususkan utk manusia berdua~duaan dgn Allah. .

“APAKAH KAITAN WAKTU SIANG & MALAM PADA AYAT INI?

“Allah bersumpah dgn 2 waktu (waktu siang dan malam). Siang & malam waktu yg berulang~ulang kepada manusia & tanda² kebesaran Allah ialah menjadikan malam & siang. Ini keadaan yg membuktikan kekuasaan Allah. Waktu siang adalah waktu mencari rezeki & waktu malam waktu rehat,waktu bertenang(waktu bercakap dgn Allah). MALAM WAKTU KITA MERINTIH PADA ALLAH.

Ads

“BOLEHKAH SOLAT DHUHA DIBUAT SECARA BERJEMAAH? Solat dhuha lebih afdal dilakukan secara bersendirian.

“Setiap sendi² terdapat hak² sedekah.

“Bila dia solat dhuha dua rakaat bermakna dia telah sempurna sedekah. Sahabat² Nabi juga melakukan solat dhuha secara bersendirian,” tulisnya.

Ads

Malah penyanyi Syinta Gila ini turut menyelitkan pesanan ustaz yang menerangkan bahawa solat sunat ini dapat membuka pintu rezeki dan diampunkan dosa sebanyak buih di lautan.

Ustaz Fizi kata pada saya, siapa kerjakan 4 rakaat solat dhuha (2 salam) maka dimurahkan rezekinya dan diampunkan dosanya sebanyak buih di laut. Tapi kene konsisten ya !

“KASIH SAYANG ALLAH LEBIH DARI KASIH SAYANG IBU PADA ANAKNYA.

Ads

“HATTA DOSA SETINGGI LANGIT PUN ALLAH AKAN AMPUNKAN SELAGI HAMBANYA KEMBALI KEPADA ALLAH. ORG YG SENTIASA MELAKUKAN SOLAT DHUHA IALAH ORG YG SENTIASA BERTAUBAT,” kongsinya panjang lebar.

View this post on Instagram

Nak share sikit harini tentang Solat Dhuha dan apa peristiwa disebalik turunnya surah Ad Dhuha. . . Surah ini ada 11 ayat , diturunkan di Mekah. Surah ini dimulakan dgn SUMPAH. Allah bersumpah dgn waktu dhuha & waktu malam. Waktu dhuha waktu manusia mencari rezeki,utk dapat keberkatan & kemudian pada waktu malam pula waktu manusia berehat daripada kelelahan paginya. Waktu malam yg sunyi itu,Allah khususkan utk manusia berdua~duaan dgn Allah. . . APAKAH KAITAN WAKTU SIANG & MALAM PADA AYAT INI? Allah bersumpah dgn 2 waktu (waktu siang dan malam). Siang & malam waktu yg berulang~ulang kepada manusia & tanda² kebesaran Allah ialah menjadikan malam & siang. Ini keadaan yg membuktikan kekuasaan Allah. Waktu siang adalah waktu mencari rezeki & waktu malam waktu rehat,waktu bertenang(waktu bercakap dgn Allah). MALAM WAKTU KITA MERINTIH PADA ALLAH. . . BOLEHKAH SOLAT DHUHA DIBUAT SECARA BERJEMAAH? Solat dhuha lebih afdal dilakukan secara bersendirian. Setiap sendi² terdapat hak² sedekah. Bila dia solat dhuha dua rakaat bermakna dia telah sempurna sedekah. Sahabat² Nabi juga melakukan solat dhuha secara bersendirian. . . Ustaz Fizi kata pada saya , siapa kerjakan 4 rakaat solat dhuha (2 salam) maka dimurahkan rezekinya dan diampunkan dosanya sebanyak buih di laut. Tapi kene konsisten ya ! . . KASIH SAYANG ALLAH LEBIH DARI KASIH SAYANG IBU PADA ANAKNYA. HATTA DOSA SETINGGI LANGIT PUN ALLAH AKAN AMPUNKAN SELAGI HAMBANYA KEMBALI KEPADA ALLAH. ORG YG SENTIASA MELAKUKAN SOLAT DHUHA IALAH ORG YG SENTIASA BERTAUBAT. . . #Dsiempire #apasalahsyinta #syintagila #safieycosmetics

A post shared by www.safieycosmetics.com (@safieyillias94) on

Satu perkongsian yang cukup bermanfaat untuk diamalkan.

Foto : Instagram Safiey Illias

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI