Sebaik-baik lidah adalah yang hanya berbicara soal kebaikan dan atas sebab itu, pelakon Abby Abadi berkongsi pedoman agar umat manusia tidak meninggalkan dunia dalam kerugian.
Bintang Gerak Khas itu ada berkongsi kata-kata daripada Sufyan Ats Tsauri yang memaklumkan secara ringkasnya, dosa antara manusia walau hanya sekadar satu perbuatan cukup berat untuk dibawa selepas kematian berbanding dosa kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun.
“Sufyan Ats Tsauri rahimamullah berkata “ Seandainya engkau bertemu Allah dengan membawa 70 dosa yang ada kaitannya antara engkau dan Allah, maka itu lebih ringan buatmu daripada engkau bertemu Allah dengan membawa 1 dosa yang ada kaitannya antara engkau dengan seorang hamba.” Thanbihul Ghofilun karya sammargondi hal.380,” kongsinya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberi pendapat serta reaksi terhadap entri yang dikongsi.
Apa pun, diam lebih baik andai berkata mengenai sesuatu yang tak pasti. Jagalah lisan kita, tak gitu?
Foto : Instagram Abby Abadi