Majlis akad nikah adik lelaki kepada Neelofa, Mohamed Aqief yang telah pun selamat bernikah dengan permaisuri hatinya, Aina Syahira menjadi bualan ramai.
Ini kerana, kehadiran pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz yang hadir pada majlis berkenaan dengan mengenakan persalinan sedondon dengan ahli keluarga Neelofa mencetuskan spekulasi netizen.
Bagaimanapun, PU Riz sudah pun menjelaskan keberadaannya di majlis nikah yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre itu hanya untuk membawakan doa atas permintaan Neelofa.
Sementara itu, Neelofa menerusi Instagram ada berkongsi detik indah di saat menerima ahli keluarga baru dalam famili besarnya.
Menyifatkan Aqief sebagai adik yang baik, bekas hos MeleTop ini turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sampai bila-bila.
Namun hasil tinjauan MH pada ruangan komen, ramai yang mengucapkan ucapan tahniah selain tidak kurang yang turut mengusik Neelofa.
Antaranya rakan artis, Awal Ashaari yang secara seloroh menzahirkan ucapan ‘tahniah yang berganda’ buat ahli perniagaan itu.
“Double congrats Lof, dapat adik ipar and dapat boyfriend… Eh!,” tulis Awal sambil disambut dengan ribuan tanda suka pada komen yang ditinggalkan.
Imbas kembali, PU Riz sebelum ini seperti yang dipetik Harian Metro ada menjelaskan hubungannya dengan Lofa hanya atas dasar kerja semata-mata.
Tidak ada soal hati atau perasaan antara mereka seperti yang digembar-gemburkan.
Dia mendakwa setiap kali tampil berdua, ia atas faktor kerja terutama aktiviti dakwah.
Menurutnya lagi, perkara itu dilihat sebagai satu usaha dakwah dan melakukan perkara yang baik.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI