Selamat melahirkan cahaya mata sulung, doktor pakar bedah asal Malaysia yang kini bermastautin di London, Dr. Amalina Che Bakri tampil berkongsikan tips penjagaan diri selepas bersalin.

Tindakan Dr. Amalina, 35, yang sudah keluar berjalan bersiar-siar di taman bersama anaknya sebaik empat hari melahirkan Arabella Mia menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan pengikutnya di media sosial.

Berkongsikan caranya di laman Instagram, Dr. Amalina berkata dia mengamalkan penjagaan selepas bersalin mengikut saranan pakar obstetrik dan pengalamannya sendiri sebagai seorang doktor.

Dr Amalina Share Tips Lepas Bersalin, “Elak Hubungan S*ks Sehingga…”

“Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan.

“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor.

Ads

“Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran dan buah. Makan secara bersederhana untuk mengekalkan berat yang ideal. Tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan.

“Aktiviti seharian. Tingkatkan intensiti aktiviti secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama enam minggu.

“Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki, kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Ads

Doktor yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini juga berkongsi agar pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan intim selama enam minggu selepas isteri bersalin selain meminta para ibu untuk menjaga kesihatan mental dan menikmati detik-detik ‘motherhood’ dengan cukup tenang dan menggembirakan.

“Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama enam minggu selepas bersalin.

“Jaga kesihatan mental, jangan stres dan enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan suami dan keluarga.

Dalam perkongsiannya itu juga, Dr. Amalina berkata gaya hidup sihat perlulah diamalkan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin sahaja.

Ads

Sekadar info, Dr. Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejak Inggeris, Alexander Charles pada 31 Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Arabella Mia yang dilahirkan pada awal Oktober lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Dr. Amalina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI