Suami kepada penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, mengesahkan dirinya sudah menjatuhkan talak kepada isterinya itu minggu lalu.
Jelas Dr Che Hafiz, perkara tersebut dilafazkannya menerusi aplikasi WhatsApp selepas perbincanganuntuk menjernihkan keadaan seperti menemui jalan buntu.
“Saya sudah menerima permintaan Lufya untuk meminta cerai. Akhirnya saya menyambutnya dengan cara baik minggu lalu ketika kami berhubung menerusi WhatsApp bagi membincangkan hal rumah tangga.
“Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, perbualan kami tidak mencapai kata sepakat,” jelasnya kepada MH.
Ads
Ditanya mengenai apakah punca sebenar hingga membawa kepada konflik tersebut, Dr Che Hafiz enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya, dia mengharapkan agar apa yang telah berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik.
Ads
“Saya harap penjelasan ini sudah pun jelas. Ia terlalu peribadi untuk saya kongsi. Banyak hati yang perlu dijaga.Namun saya mengharapkan agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi.
“Saya lebih mengenalinya dan begitu juga dengan dia. Doakan yang terbaik buat kami demi anak. Selebihnya, biarlah kami yang selesaikan,” katanya yang tidak lagi tinggal sebumbung kira-kira tiga bulan lalu.
Ads
Terdahulu, kisah pergolakan rumah tangga bintang Mahar Tanpa Cinta berusia 34 tahun itu mulai diperkatakan apabila dirinya ada memuat naik status yang antara lain menyentuh isu berkaitan rumah tangga.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam Lufya bagi mengelakkan sebarang telahan dibuat netizen.
Sekadar imbasan, Lufya dan Hafiz diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang puteri yant diberima Laana Haura, kini berusia dua tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti sedia maklum, terdapat beberapa sekolah terpaksa kembali menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian di beberapa kawasan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
Pelakon, Fasha Sandha misalnya ada berkongsi cerita mengenai perkara tersebut di akaun Instagram.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk anak kecil menjalani sesi pembelajaran sekolah secara dalam talian.
“Pelajar dewasa pun pening dengan online classes, inikan pula anak yang belum cukup 6 tahun Covid 19 please go away #iburayfalraysha,” tulisnya.
Bila berbicara soal anak, siapa sahaja yang tak merindui zaman kanak-kanak dan itulah yang dirasai oleh pelakon bernama Izreen Azminda.
Pelakon ini sempat mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya bersama pengikutnya di laman Instagram miliknya.
Di samping itu, pelakon yang sedang berbadan dua itu berkongsi gambar anaknya, Adrian Umar.
“#adrianumar was so happy to received the book from @mybababaa .. these book is good for our children.. It reminds me of my childhood year as well …
‘Theres so many local song and it is fun to read..record.. or sing along…theres a few song that i can name it for u.. “Rasa Sayang”.. “Chan Mali Chan”.. “Burung Kakak Tua”.. “Anak Itik Tok Wi”.. “Lenggang Kangkung”.. “Bengawan Solo” and “Gelang Sipaku Gelang”..
“so all mommies,hurry up grab yours while stock last @mybababaa @mybababaa@mybababaa”tulisnya.
Dalam perkembangan lain, pelakon yang berusia 33 tahun itu kini sedang sarat hamil mengandung cahaya mata kedua.
Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhamad Adrian Umar, 6 tahun namun mereka telah berpisah pada 2014.
Kemudian, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara.
Sebelum ini, kedua-duanya juga pernah berkahwin dan masing-masing mempunyai anak dalam perkahwinan terdahulu.
Foto : Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, syukur dan terharu apabila menerima penghargaan sebagai Ikon Ibu Mudasempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di...