Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan, Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, hari ini.
Dr Idzu, 43, atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin berkata, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan Perubatan Regeneratif.
“Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.
“Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.
“Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yg sangat mengujakan,” katanya.
Ads
Idzu yang juga pengasas Cell Tissue Technology Sdn Bhd sejak 13 tahun lalu, berterima kasih atas penganugerahan diberikan.
“Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini,” katanya.
Ads
Terdahulu, Cell Tissue Technology Sdn Bhd ditubuhkan pada 2010 sebagai syarikat berteknologi perubatan maju di Malaysia. Ia adalah ‘spin-off’ daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga universiti dan institut penyelidikan terkemuka di negara ini.
Syarikat itu juga menjadi peneraju utama dalam bidang Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif di Malaysia sejak penubuhannya. Malah, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cell Tissue Group merangkumi teknologi perubatan canggih yang berpusat pada Terapi Sel Stem, Imunoterapi Berasaskan Sel, serta Terapi Secretome dan Exosome.
Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Dr Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.
Ads
Antaranya, Pengiktirafan SOONICORN oleh MOSTI (2024), Pengiktirafan Top 30 Usahawan Techno Dreams oleh MTDC (2023), Pengiktirafan sebagai Malaysia’s New Industrial Plan 2030 oleh MITI dan MIDA, Sumbangan Teknologi Terkini 3D Bioprinters Bernilai RM0.5 juta Kepada UKM dan banyak lagi.
Selain itu, pada 2016 dia juga mendapat Pengiktirafan sebagai Malaysia’s ‘First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin’ dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records.
Terbaharu, kumpulan Saujana bersama penyanyi Siti Nordiana dicalonkan bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh di media sosial sejak semalam apabila wujud satu akaun di aplikasi sosial, TikTok yang mendedahkan ‘sisi gelap’ lelaki yang didakwa sebagai seorang pelakon.
Apa yang mengejutkan, akaun TikTok berkenaan yang turut menggunakan nama lelaki itu mendakwa dia sedang mengandungkan anak aktor tersebut.
Bukan itu saja, individu terbabit juga mendakwa aktor itu tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang sudah terjadi.
Lalu, pelbagai reaksi telah diberikan warganet menerusi ruangan komen setiap hantaran yang dimuat naik menerusi akaun terbabit.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan tersebut sahih atau sebaliknya.
Malah, akaun itu pun tidak pula menggunakan nama betul sebaliknya hanya gunakan nama aktor tersebut sebagai nama akaun TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas suami kepada pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz yang bertugas sebagai barisan hadapan ada berkongsi cerita bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Hafiz, penularan wabak ini belum berakhir dan harus mengambil langkah berjaga-jaga agar dijangkiti wabak penyakit tersebut.
Malah, bapa kepada seorang cahaya mata ini akan tetap berjuang sehingga penularan wabak yang melanda di seluruh dunia ini berakhir
“Ni la dia jadinya bila asyik selalu dengar pasal covid. buka2 tv je keluar pasal covid bila pasang radio cerita pasal covid lagi.
“Sembang dengan kawan2 sambung topik covid lagi sampai malam semalam mimpi berperang dengan covid
“Pagi2 gelabah pergi kerja takut terlambat thumbprint tapi lupa plak dah tak perlu thumbprint
“Tapi… walau mcm mana keadaan sekali pun sebagai salah seorang frontliner perjuangan tetap sy teruskan dan belum berakhir,” tulisnya.
Terdahulu, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lana Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut sudah punpada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Dr Che Hafiz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persembahan penyanyi Aisha Retno menerusi lagu Sutera di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) mencuri perhatian apabila dia tampil dengan gimik ‘terbang’ di pertengahan lagu yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil. Kali pertama bertanding di acara muzik tahunan itu, persembahan Aisha turut mendapat ‘standing ovation’ penonton di stadium. Aisha yang mempertaruhkan lagu ciptaannya bersama MFMF sebelum ini mengakui berhabis ratusan ribu bagi menjayakan persembahan terbaik malam ini. “Anggaran kos keseluruhan boleh dikatakan mencecah enam angka,” katanya yang turut diringi 22 penari. Mengakui 11 finalis lain mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri, Aisha menjelaskan tiga lagu baginya yang memberi saingan kepada lagu Sutera iaitu Kalam nyanyian Shiha Zikir, Santai (Naqiu) dan Kucuma (Wany Hasrita/Afieq Shazwan). “Ada tiga lagu yang memberi saingan seperti Kucuma, Kalam dan Santai. “Bagi kategori vokal pula, sudah tentulah Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan. Malah penyanyi lain yang bertanding juga hebat,” katanya. Selain Aisha, AJL 38 menyaksikan pemegang takhta Juara Lagu pada AJL 37, Aina Abdul sekali lagi mara menerusi lagu ciptaannya, Jangan Mati Rasa Itu. Lagu Astana nyanyian Ernie Zakri hasil ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman, turut tersenarai sebagai finalis AJL 38. Sementara bekas juara AJL 32 dan AJL 33, Hael Husaini juga mara ke pentas akhir melalui lagu ciptaannya berjudul Bintang. Lagu lain turut lolos ke AJL kali ini termasuk Santai (Naqiu/Faizal Tahir); Inilah JalanNya (Masdo/Noh Salleh) dan Darah (Marsha Milan/Naim Daniel dan Firdaus Rahmat). Turut bersaing, Kalam (Shiha Zikir/Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat); Hasrat (Amir Jahari/Amir Jahari) dan Kucuma (Wany Hasrita dan Afieq Shazwan/A Ramlee dan Ezra Kong/A Ramlee dan Ezra Kong). AJL 38 turut mempertaruhkan lagu duet, Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali/Amylea Azizan).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon veteran, Lee Sai Peng atau lebih dikenali dengan nama Frankie Lee telah meninggal dunia.
Berita kematian pelakon berusia 85 tahun itu dikongsikan oleh Golden...