Penyanyi nasyid yang juga ahli perniagaan, Dr Idzu, melalui firma kejuruteraan tisunya, Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. (Cell Tissue) menyerahkan dua unit mesin 3D Bioprinter bernilai RM450,000 kepada Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mencipta sejarah tersendiri, penyerahan mesin pencetak canggih LUMEN X Gen 3 dan Bio X Gen 3 ini bakal mencetus satu era baru dalam penyelidikan perubatan di Malaysia yang mana UKM menjadi universiti tempatan pertama yang dilengkapi kemudahan 3D bioprinting terkini.
Menurutnya, pemberian ini adalah sebagai menyokong visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama dalam penyelidikan perubatan maju di rantau ini.
“Sebagai pelopor kejuruteraan tisu di dalam negara, saya merasakan amat pentingnya untuk penyelidik tempatan didedahkan dengan teknologi terkini supaya dapat memperkayakan penemuan dan penciptaan ilmu baharu yang bermanfaat kepada masyarakat.
“Saya berharap sumbangan hampir setengah juta ringgit ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh UKM melalui penemuan yang memberi impak tinggi yang bakal memberi manfaat kepada Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.
Ads
Dr. Idzu turut berharap agar kerjasama erat antara industri dan institusi pengajian tinggi dapat memastikan kedudukan Malaysia terus setanding atau malah mendahului negara lain di Asia dan dunia.
Ads
“Dengan penyerahan 3D Bioprinter ini, penyelidik UKM kini berpeluang untuk mengoptimumkan potensi peralatan berteknologi tinggi ini bagi membantu penyelidikan dan inovasi dalam bidang perubatan regenerative,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Idzu juga mengumumkan penawaran program Diploma in Regenerative Medicine hasil kerjasama Cell Tissue dengan American Board of Regenerative Medicine (ABRM) dan UKM melalui Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM) bermula tahun hadapan.
Ads
Biasiswa Dr. Idzu Baharin High Impact Innovation khusus untuk penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Phd) bertujuan melahirkan generasi penyelidik yang seterusnya dapat membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa bakal ditawarkan kepada pelajar.
Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Timbalan Dekan HEJIM Prof. Dr. Marina Mat Baki, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee, Ketua Jabatan CTERM Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mh Busra, Pegawai Saintifik Utama CELLINK Dr. Itedele Namro dan Ketua CELLINK Asia Pasifik Ms. Tomoko Bylund.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi momen istimewa anak tunggalnya, Fizo Omar menitipkan kesyukuran Wan Maryam mendapat kasih sayang semua pihak di sebalik dugaan yang menimpa dia dan bekas isteri, Mawar Karim.
Walaupun telah berpisah, namun pelakon berusia 35 tahun itu menyatakan hubungannya dengan Mawar masih baik dan kedua-duanya mengambil giliran menjaga Maryam.
Malah, jelas Fizo, tiada insan di dalam dunia ini yang lebih sayangkan si anak berbanding bapa sendiri.
“No one in this world can love a girl more than her father.
“Alhamdulillah Maryam anak yg terpilih, mendapat kasih sayang dari semua pihak.setiap apa yg diatur pasti disertakan dgn hikmah dan kebaikannya,” kongsinya.
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa gembira apabila berpeluang kembali bersama Elite setelah hampir 20 tahun meninggalkan kumpulan yang sinonim dengan lagu Tamparan Wanita itu.
Di samping berkongsi rasa kegembiraan dan teruja, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan turut memberikan penjelasan sekiranya ada segelintir netizen yang memberikan komen negatif terhadap dirinya yang kini telah kembali aktif menyanyi bersama Elite.
“Saya tak pernah kata saya nak berhenti menyanyi ke, berlakon ke saya tak pernah cakap macam tu. Apa yang saya lakukan sekarang ini saya mahu berubah ke arah yang lebih baik.
“Apa yang saya cuba sampaikan perkara yang boleh dan tak boleh untuk saya lakukan. Semua benda dulu yang saya buat salah kita ubah contoh macam batasan-batasan tu semua kena jaga.
“Sebab kita Allah dah bagi petunjuk jadi kenapa kita nak buat dan ulang kesalahan yang sama,” katanya.
Elite yang mula ditubuhkan sekitar tahun 1996 kini kembali bergabung dengan kesemua anggota asalnya iaitu Abby, Azza, Linda Rafar, Sasha dan Watie.
Bersempena dengan ulang tahun ke-25 penubuhan, Elite bakal melancarkan lagu single terbaru yang berjudul Alhamdulillah pada 19 April hadapan dikesemua platform digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas beberapa hari netizen membuat spekulasi terhadap perkongsian Datin Seri Umie Aida yang dikatakan terasa telah dikhianati sahabat sendiri, hingga menyebabkan ramai membuat telahan sendiri dengan membayangkan apa yang berlaku ada terkait dengan rakan baiknya iaitu Erra Fazira.
Akhirnya, pelakon dan penyanyi itu tampil memberikan penjelasan terbuka terhadap apa yang berlaku.
Perkongsian tersebut dilakukan bintang Hingga Hujung Nyawa itu menerusi Instagram, sebentar tadi.
“Pencerahan dari pihak saya,” katanya ringkas menerusi entri yang disekat akses di ruangan komen.
“Kepada semua, saya mohon maaf di atas segala apa yang terjadi. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Datin Seri Umie Aida.
“DS Umie Aida pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya telah mengecewakan dia buat kali ketiga. DS Umie memendamkan perasaan ini dan dia juga pernah teks saya dengan baik.
“DS Umie tiada bukti dia tak kan bersuara. Saya harap dengan pengakuan ini, hentikan perbalahan semua ya. Saya belajar kesilapan saya dan saya baiki kekurangan saya.
Ternyata saya banyak kekurangan dan saya harus terus baiki diri. Saya mohon maaf sekali lagi pada semua juga DS Umie Aida,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Umie sekali lagi ada memuat naik posting di Instagram dengan memberitahu dia percaya dengan kuasa Allah dan bersabar serta terus berdoa.
Bekas jaguh bina badan negara dan pelakon, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor atau Malek Noor, kini memilih untuk menikmati kehidupan yang lebih sederhana selepas...