Doktor selebriti, Dr Say Sazril hari ini berkongsikan cerita yang dia telah pun menerima Kad OKU (Orang Kurang Upaya) untuk anak sulungnya, Aezriel atau Ace.

Berkongsikan luahan rasanya berhubung perkara itu, Dr Say atau nama sebenar, Muhammad Shazril Shaharuddin, 35, berkata pelbagai perasaan bermain di hatinya saat menerima kad tersebut bagi pihak anaknya yang merupakan kanak-kanak autism.

“Saya daftar untuk kad OKU Ace pada Januari 2023. Sabtu baru ni saya check online & kad OKU Ace ready untuk dituntut. Empat bulan untuk kad OKU siap.

“Terus terang cerita bila nak ambil kad OKU hari ini terasa sangat berat, rasa macam ‘aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?’ tapi saya gagahkan jua sebab saya juga yang apply kad OKU tu.

Dr Say Bercucuran Air Mata Lepas Tuntut Kad OKU Anak; “Ada Nama Ace & Kategori Ketidakupayaannya…”

“Sampai dekat JKM Sepang, sepi tiada orang lain. Macam suasana dicipta untuk saya soaked in yang anak saya istimewa, anak saya kelainan upaya dan ini buktinya. Bila kad OKU dihulurkan kepada saya, saya ucap terima kasih pada pegawai JKM dan terus saya meluru masuk kereta,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ads

Menyambung cerita, Dr Say berkata dia tidak pernah berasa malu dikurniakan anak kurang upaya sebaliknya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk Ace contohnya seperti Kad OKU tersebut yang akan memberi beberapa kelebihan buat anaknya itu kelak.

“Dalam kereta saya amati elok-elok Kad OKU tu. Besar-besar tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya dan ada gambar Ace senyum yang cukup suci, ikhlas dan naive. Berjurai air mata sy. Saya tak tahu sebab apa.. nak kata saya malu pegang kad OKU ni, sikit pun tak sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau isteri tiba-tiba tiada di dunia ni.

“Nak kata saya sedih anak saya OKU juga tak, sebab OKU tidak bermakna dia tak boleh enjoy the world like other kids do. Saya serius tak tahu kenapa saya sayu tapi it took me quite some time to accept that my son is now ‘OFFICIALLY’ different,” ulasnya lagi.

Ads

Dalam perkongsian itu juga, Dr Say mengatakan Kad OKU yang dimiliki anaknya itu mempunyai pelbagai kelebihan antaranya pengecualian daripada membuat bayaran untuk MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan serta mendapat kemudahan serta keistimewaan akses untuk melancong atau menggembara ke luar negara daripada syarikat penerbangan.

“Saya tahu mesti ramai persoalkan ‘kenapa buat kad OKU tuk Ace, kesian dia’ well kalau kalian tak tahu, kad OKU ni ada banyak keistimewaannya antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, butterfly effect bila travel tapi ULTIMATUMnya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yang akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa kita dapat.

Ads

“Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul-betul nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card and i am content (anak saya ada kad OKU dan saya reda),” tulisnya lagi.

Dr Say Bercucuran Air Mata Lepas Tuntut Kad OKU Anak; “Ada Nama Ace & Kategori Ketidakupayaannya…” Dr Say Bercucuran Air Mata Lepas Tuntut Kad OKU Anak; “Ada Nama Ace & Kategori Ketidakupayaannya…”

Untuk rekod, Dr Say mendirikan rumah tangga dengan Dr Azura Abas pada 30 Mac 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Aezriel, 4, dan Sefriel yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI