Sejurus drama rantaian Bisik-Bisik Gelora tamat, pelakon Redza Rosli menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menonton naskhah berkenaan sepanjang ia drama tersebut bersiaran.

Redza atau atau nama lengkapnya Ahmad Redza Rosli turut memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang dia melakonkan watak sebagai Jad Izzuddin di dalam drama bersiri 35 episod itu.

Pada masa sama, pelakon berusia 30 tahun ini berharap agar semua penonton mendapat nilai mesej pengajaran daripada drama rantaian tersebut.

Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli Mohon Maaf Jika Ada Kekurangan; “Mana Yang Baik Kita Jadikan Panduan…”

“Alhamdulillah semalam dah pun pengakhiran untuk Bisik Bisik Gelora. Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang mengikuti drama ini sepanjang 35 episod.

Ads

“Maafkan saya kalau ada kekurangan dari saya selama 35 hari ini. Mana yang baik kita jadikan panduan atau contoh yang baik untuk diri kita & mana yang tidak baik juga kita jadikan satu pengajaran buat diri kita,” tulisnya di Instagram.

Redza turut memberikan kredit kepada semua pihak terlibat.

Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli Mohon Maaf Jika Ada Kekurangan; “Mana Yang Baik Kita Jadikan Panduan…”

“Dan tidak lupa juga kepada @globalstationsb & @aliaramly terima kasih kerana memberi kepercayaan & peluang kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai Jad Izzuddin.

Ads

”Kepada Tuan Pengarah @rizabaharudin thank you abang dari hari pertama hingga penghujung yang selalu ada & pantau sepanjang saya berada dilokasi penggambaran. You’re the best!

”Dan kepada Team Bisik Bisik gelora yang terlibat thank you much! Terutamanya tulang belakang saya @rrsupporters terima kasih anda tahu siapa anda,” titipnya.

Selain Redza, drama ini turut dibintangi barisan pelakon lain antaranya Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Ads

Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli Mohon Maaf Jika Ada Kekurangan; “Mana Yang Baik Kita Jadikan Panduan…” Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli Mohon Maaf Jika Ada Kekurangan; “Mana Yang Baik Kita Jadikan Panduan…”

Bisik-Bisik Gelora sebelum ini ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia, TV3 bermula 21 Mei lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/L2UmDyRCSqY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI