Drama Buat Anak Dileksia Temukan Kembali Fasha Sandha & Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia, Khatijah Tan

Share

Pelakon Fasha Sandha yang kini sedang sibuk menjalani penggambara sebuah drama ada berkongsi foto terkini bersama pelakon senior, Khatijah Tan.

Foto kandi yang dirakam itu dikongsikan isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu menerusi Instgram yang dikemas kini.

Fasha menerusi ruangan kapsyen ada memuji dan memberi dedikasi terhadap pelakon yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-46 (filem Embun) itu.

“Menuntut ilmu daripada yang berpengalaman. Ilmu, tidak akan pernah habis untuk dituntut. 16 tahun dalam industri ni, masih banyak harus dipelajari,” tulis Fasha.

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menyatakan rasa rindu untuk kembali beraksi di hadapan lensa kamera bersama ibu kepada pelakon dan pengarah, Pierre Andre itu.

“Ibu Khatijah Tan, the legend. I adore her so much. Rindu teramat sangat nak berlakon dengan ibu.

“Terima kasih TV3 kerana memilih kami sebagai teraju utama dalam Drama khas untuk anak2 Disleksia,” jelasnya lagi.

Fasha sebelum ini juga turut mencipta reputasi baik dalam dunia lakonan apabila pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin dua tahun lalu selain beberapa deretan anugerah lain.

Foto: Instagram Fasha Sandha

 

 

 

Published by
MH