Penerbit daripada rumah produksi Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak bersyukur kerana drama yang menggandingkan Idris Khan dan Intan Najuwa, Saat Kau Takluk Cinta ini menjadi perhatian pencinta drama bersiri tempatan.
Malah sokongan yang diterima membuatkan dirinya terharu, meski ada di antara kita yang kini diuji dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri sejak minggu lalu.
“Alhamdulilah, sambutan yang diterima cukup baik dan saya gembira dengan sambutan peminat.
“Dalam pada negara berhadapan dengan musibah banjir, masih ada lagi yang memberikan sokongan kepada drama Saat Kau Takluk Cinta Ini,” katanya.
Drama berkenaan kini bersiaran menerusi slot Samarinda bermula 20 Disember lalu, merupakan kisah yang diadaptasikan daripada novel berjudul yang sama karya Sera Hezra.
Malah, ia juga trending nombor satu di aplikasi Iqiyi Malaysia yang turut menayangkan drama tersebut sejam selepas ditayangkan di TV3.
Ads
“Memang banyak cabaran yang kita hadapi untuk menyiapkan drama ini. Kami telah memulakan penggambaran pertengahan tahun ini sebenarnya.
“Namun dek kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika itu, kami terpaksa menangguhkan penggambaran dan menyambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.
“Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan. Melihatkan sambutan hangat daripada peminat, itu menambahkan lagi semangat kami,” katanya lagi.
Ads
Skrip diolah semula oleh Eja Lorena dan diarahkan oleh Zamri Zakaria ini menjalani penggambaran di sekitar Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur sebagai lokasi utama.
Kisah bermula apabila Haira Melissa lakonan Intan Najuwa telah dibuang daripada keluarga setelah dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia melarikan diri ke sebuah kampung untuk mencari kawan baiknya.
Dalam hujan, dia yang menumpang berteduh di sebuah pondok bertemu dengan Rahhal Taufiq (Idris Khan) secara tidak sengaja dan bermulalah konflik satu persatu selepas itu.
Ads
“Jika diikutkan jalan cerita yang dipersembahkan dalam drama ini begitu kuat dan penuh dramatik. Saya beruntung kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat kali ini.
“Semua memberikan kerjasama yang baik dan dalam masa yang sama terus menghidupkan watak mereka. Saya harap drama ini terus diterima ramai dan memberikan sesuatu yang baharu kepada semua,” katanya.
Selain Idris Khan dan Intan Najuwa, Saat Kau Takluk Cinta ini turut dibintangi oleh Wafariena, Shakilla Koriri, Shazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Raja Azmi, Farhan Asri, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Tedahulu, runut bunyi drama terbabit, Takdir nyanyian Aliff Iskandar turut dilancarkan dan muzik video rasminyaboleh ditonton melalui YouTube Indigital Music serta boleh juga didengar melalui semua platform digital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sebuah video menunjukkan seorang ibu tua yang sedang menyuap makanan dan kemudiannya gagal menahan sebak, Jasmin Hamid berpesan agar tidak melupakan ibu yang melahirkan.
Tulisnya, sebelum menguruskan orang lain, jangan sesekali melupakan ibu atau menempatkan wanita yang melahirkan kita itu di rumah jagaan orang tua.
“Sebelum kamu mengurus orang lain, tolong jangan lupakan ibumu sebagai orang yang merawatmu pertama kali.
“Apalagi engkau tempatkan ibumu di Rumah Orang -orang Tua,” kongsinya.
Penyanyi Datin Alyah menafikan single terbarunya, Thank You Allah ada kaitan dengan perkembangan dirinya yang didakwa hamil oleh sesetengah pihak.
Menurut Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 40, single yang turut menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu dihasilkan sebagai simbolik kepada rasa syukur atas rezeki yang diterimanya pada fasa pandemik Covid-19.
“Bukan sebab saya hamil. Belum ada rezeki, kalau boleh memang lah nak juga. Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan.
“Saya percaya kuasa doa ini sangatlah luar biasa. Cuma untuk saat dan ketika ini, belum ada lagi. Doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai latar lagu yang berkait rapat dengan hubungan silaturahim sesama manusia itu, isteri kepada pemuzik, Datuk Ramli MS ini menyifatkan Thank You Allah dilancarkan tepat pada masanya.
“Lagu ini saya dapat ketika negara berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Pada ketika itu, saya ada terima pelawaan daripada produk kecantikan, Zafesha Simply sebagai duta.
“Ketika itu, saya sedar semua orang terkesan dengan pandemik. Akan tetapi saya bersyukur kerana menerima satu tawaran yang saya kira agak besar. Ayat pertama yang saya gunakan pada waktu itu ialah ‘Thank You Allah.’
“Di dalam fasa sukar tersebut, Dia selitkan rezeki buat saya. Rasa syukur yang tidak terhingga, alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Muzik video lirik Thank You Allah sudah pun dilancarkan di YouTube dan sudah pun menerima hampir 150,000 tontonan sejak dimuat naik 16 April lalu.
Ikuti temubual penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat memberikan pelbagai reaksi yang rata-ratanya geram pabila menatap susuk gebu anak lelakinya itu.
“OMG… Comelnya Ya Allah,” komen Shaza Bae.
“Ini kalau dapat kat aku ni, yummy,” tulis Reen Rahim.
“MasyaAllah padunya,” reaksi Ika Nabella.
“Geram,” kongsi Aina Abdul.
“Eh geram kita dak comel ni,” reaksi Azza Elite.
Imbas kembali, Puteri dan suaminya, Muhammad Firdaus Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 21 November 2021 dan pertama hati mereka dilahirkan pada 4 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!