Drama rantaian berjudul Sabarlah Duhai Hati yang bersiaran di slot Akasia, TV3 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi.
Pelakon utamanya, Saharul Ridzwan yang mendukung watak sebagai Affan menitipkan ucapan terima kepada semua yang setia menonton drama bersiri terbitan Suhan Movies itu.
Sambil memanjat rasa syukur, Saharul atau nama lengkapnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan terhadap lakonannya menerusi drama berkenaan.
Ads
“Alhamdulillah. Terima kasih utk 35 hari anda bersama Sabarlah Duhai Hati. Yang kurang yang tak sampai, saya minta maaf,” tulisnya.
Aktor berusia 32 tahun juga berharap agar penonton mendapat mesej baik yang ingin disampaikan sepanjang ia bersiaran.
Ads
“Semoga ada kebaikan yang dapat disampaikan. InShaaAllah, ada rezeki yang baik, kita bertemu lagi. Amin Ya Allah! Salam PKP 3.0 Jaga Diri,” tulisnya.
Sabarlah Duhai Hati turut dibintangi pelakon Amyra Rosli di samping Puteri Sarah Liyana, Iman Suhana, Izzue Islam, Datin Fadilah Mansor dan ramai lagi.
Foto: Instagram Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Melihat klip video yang dikongsikan Datin Anne Ngasri di laman Instagramnya, terbayang kembali suatu trend yang pernah popular dulu.
“Tiap hari sayang” zaman Fair & Lovely dulu hehe ada yang ingat tak? Haha ramai tak yang buat jadi ikutan?
“Dulu zaman cinta monyet dekat sekolah kerap juga buat ni dekat pasangan. Kadang buat dekat kekawan lelaki tapi campak dekat lantai lepas tuh pijak2 . Haha. Korang alami benda yang sama tak?” tulisnya di ruangan kapsyen.
A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on
Perkongsian ini turut membuat netizen mengimbau kembali kenangan apabila sering melakukan gaya yang sama kepada pasangan masing-masing.
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cili Padi ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Sumali Reduan pada Disember 2012.
Pasangan tersebut dikurniakan dua anak, Sufi, 5, dan Nefa Naura, tiga bulan.
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.
Foto – Instagram Anne Ngasri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi momen ketika menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di sekitar Kuala Lipis, Pahang.
Kongsi Ebit yang turut meluahkan rasa simpati dan sedih, memberitahu bantuan tersebut sudah mula diberikan kepada mangsa banjir sejak Isnin lalu.
“Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari kl.Sampai sini banyak jalan putus. Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami. Dapat berikan makanan dan barang keperluan pada mereka.
“Kami bawa 1000 Tshirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai. Paling sayu tengok sekolah,balai polis, surau, kuil, kereta, motor, tnb, dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung jer. Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk.
“Syukur dapat beri bantuan di 3 Pusat Pemindahan Banjir. Bagi semangat dan doa. Tadi sempat juga lihat mangsa banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang terkorban telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya. Polis, JPAM,JKM, Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.
“Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring jer dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi. Semua berebut nak bergambar tadi. Semua kata tengok ustaz pun dah rasa tenang. Syukur semuanya dari Allah.
“Ya Allah selamatkanlah Negeri Pahang,Johor, dan semua negeri yang banjir-ebitlew,” tulisnya panjang lebar.
Serentak dengan itu, penyanyi kelahiran tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza menitipkan ucapan terima kasih kepada sikap murni dan prihatin Ebit terhadap penduduk kampung di Kuala Lipis.
“Terima kasih ustaz @ebitlew turun ke kg halaman saya bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir.. Semoga Allah swt permudahkan semuanya.. Alhamdullillah,” tulisnya.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini dikritik segelintir warganet yang menyifatkan dia seolah-olah terlalu memanjakan isteri juga pelakon, Wawa Zainal seperti dipaparkan menerusi perkongsian di Instagram.
Bagi Aeril, perkara tersebut adalah satu hal biasa sebagai suami isteri dan merupakan antara tip bahagia yang diamalkan dalam rumah tangga.
“Bagi saya, apa saya buat dengan isteri, kebanyakan orang di Malaysia buat perkara sama. Cuma kami artis, itu yang kadang-kadang nampak ia mungkin agak menonjol.
“Apabila ada yang tegur dan cakap jangan terlalu manjakan isteri, sudah tentu sebagai manusia yang ada hati dan perasaan akan berasa geram.
“Tapi bagi saya, apa ditonjolkan tak keterlaluan. Bukan terlalu tunjuk gaya hidup,” katanya.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu turut menambah, laman sosial Instagram adalah platform untuk berkongsi apa sahaja, selain menjadi arkib foto.
“Perkara itu macam biasalah, suami dengan isteri, main dengan anak, beli kek untuk isteri dan banyak lagi. Saya anggap IG ini macam album.
“Jadi, soal manjakan isteri, bagi saya ia biasa. Tapi kalau nak tahu, jika di rumah saya yang manja sebenarnya,” katanya lagi.
Aeril bagaimanapun menjelaskan, dia tidak boleh menghalang jika ada pihak yang memandang pesimis terhadap apa yang dilakukannya itu.
“Kalau ada orang bersangka buruk macam itu, saya tak boleh nak cakap apa. Kita baik macam mana sekali pun, tetap ada yang tak suka pada kita. Jadi, kita buat sajalah,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aeril menerusi syarikat produksi miliknya dan isteri, Respected Citizen Production Sdn Bhd kini muncul dengan naskhah sulung, Sabda Kekasih.
Filem berkenaan mulai ditayangkan bermula 24 Jun lalu di saluran Astro First 480.
Selain menjadi penerbit, Aeril juga berlakon di samping isteri, Wawa, Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Sharifah Husna.
Filem yang menelan kos kira-kira RM 1 juta arahan Azhari Zain itu menjalani penggambaran selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan, tahun lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Atilia Haron mengakui dia pernah terasa hati dengan industri seni tanah air kerana beranggapan bakatnya seolah-olah kurang dihargai dan selalu dipinggirkan.
Malah situasi yang...