Kini trending nombor 1 di Youtube, bintang media sosial Syahmi Sazli membawakan episod baru Drama Spontan 12: Ashrul atau Ashley?
Lebih menarik, video yang dimuat naik semalam kini telah mendapat dua juta tontonan.
Video tersebut mengisahkan Ashrul (lakonan Yoe) berhasrat untuk menjadi seorang wanita cantik.
Bagaimanapun, perkara tersebut dihalang ayahnya (lakonan Asif) dan berasa kecewa melihat perubahan anaknya.
Menerusi ruangan komen,rata-rata netizen terhibur dengan jalan cerita selama hampir 12 minit itu.
Untuk rekod, anak kelahiran Kelantan, Muhammad Syahmi Sazli telah dianugerahkan trofi ‘Youtube Gold play Button’ pada awal bulan lalu.
Malah, perkara itu disahkan oleh pihak ibu pejabat Google dari United Kingdom terhadap akuan YouTube milik lelaki berusia 24 tahun itu.
Video : Youtube Syahmi Sazli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suka Hati Aku, Apa Masalah Kau?,” – Viral Lelaki Mandi Guna Air Mineral, Terkejut Ditegur Rakan! Wakil Pengeluar Beri Respon
Sepotong video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang mandi dalam sebuah tab mandi menggunakan air mineral ‘memancing’ perhatian netizen di Twitter selepas ia ditonton hampir 100,000 tontonan.
Menerusi video berdurasi 50 saat itu, lelaki yang dikenali sebagai Amirul terkejut selepas ditegur seorang lelaki lain dipercayai kenalannya.
Amirul turut ditanya mengenai apa pendiriannya menggunakan air mineral jenama Muarra itu sebagai kegunaan membersihkan diri.
Mende mandi mineral water. Bazir betul. pic.twitter.com/jxxSsrY6q4
— brgsjks (@brgsjks) March 31, 2022
Terdahulu, video tersebut yang asalnya dikongsikan sendiri Amirul menerusi akaun Tik Tok empat hari lalu turut menerima reaksi pelbagai di ruangan komen. Antaranya;
@amirulasyari apa bende mandi air biasa, orang mandi mineral water muarra ph7.6 wei. Kerak atlet aku auto hilang 🤣 Haih tp ada plak member panas nengoknya! 😡#fyp ♬ original sound – amirul.asyari
“Confirm ke air mineral. Tu drinking water. Cer buktikan.”
“Baik bagi air mineral PH tu pada saya. Saya haus sangat ni. Jangan membazir Mirul.”
“Kenapa susah nak bersyukur?! Tolong belajar hargai apa yang ada.
“Membazir amalan syaitan.”
Susulan hal terbabit yang kini tular di media sosial, Pengasas Strawin Food Industries Sdn. Bhd., Mohamad Faruqi Mohamad Nazri tampil memberikan kenyataan di Facebook.
Menurut Faruqi, individu berkenaan merupakan pembeli Muarra Mineral Water dan video tular itu dimaklumkan oleh pekerjanya, baru-baru ini.
span class=”s1″>“Muarra mempunyai kasar pH 7.6, iaitu lebih kandungan alkali dan baik untuk kesihatan kulit. Saya ingin berterima kasih kepada Amirul yang mandi dengan produk itu.
“Sebab kalau dia tak buat begitu, mungkin kita tak tahu akan ada lagi manfaat air mineral. Mungkin juga kita boleh menjemput pakar dalam bidang dermatologist untuk buat ulasan berhubung tindakan mandi guna air mineral,” katanya.
Hantaran sama turut memuat naik tangkap layar proses pembelian Amirul yang memesan dua karton air mineral jenama terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baju Aina Abdul; “Dah Tak ‘Bengkak’ Kepala, ‘Bengkak’ Bahu Pula…”
Penampilan penyanyi Aina Abdul dalam konsert minggu ketiga Big Stage 5 (BS5) sekali lagi dikritik netizen.
Menerusi rancangan tersebut, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, yang berperanan juri tetap telah dikecam ramai gara-gara fesyen busana berwarna merah jambu dikatakan menganggu pandangan penonton di sekelilingnya.
Minggu lalu, penyanyi lagu Sumpah ini telah dikecam kerana memakai perhiasan di kepala yang terlalu tinggi sehingga menganggu pemandangan orang yang duduk di belakangnya.
Menerusi gambar OOTD yang dikongsi Aina di laman Instagram miliknya, rata-rata netizen menegur Aina agar tidak lagi menghalang pandangan orang lain yang mungkin terganggu dengan baju yang digayakannya itu.
“Minggu lepas block pemandangan orang belakang sebab tinggi sangat headgear. Sekarang block kiri kanan pula sebab ada sayap.
“Dah tak bengkak kepala, bengkak bahu pula.
“Dulu minat.. sekarang ni no komen. Kena fikirkan hati penonton juga. Datang nak tengok show, bukan baju juri, fikir-fikirkanlah.
“Cantik, tapi kalau boleh jangan sampai menghalang pandangan penonton dekat belakang. Kasihan mereka nak tengok dnegan lebih jelas.
“Orang kiri, kanan pula tak nampak,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fazura Akui Rindu Untuk Kembali Aktif Ke Dunia Lakonan, Lebih Memilih Untuk Naskah Yang Lebih Berkualiti
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita Fazura yang sering menjadi perhatian peminat.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif ke dunia lakonan
Akur bintang Pisau Cukur ini lagi, Fazura juga akui kini pergerakan dunia lakonan semakin perlahan kerana dia mahu mencari naskah yang terbaik dan sebuah lakonan yang berkualiti.
“I know it’s been awhile since you’ve seen me on screen, but you also know me too well to understand that I’d never pick visibility over exclusivity and quality.
“It has also been my principle to work quietly and not loudly,” kongsinya.
Kongsi pelakon berusia 35 tahun itu, dia bakal muncul dalam sebuah filem terbaru yang bakal ditayangkan September ini.
“Rest assured darlings, I am brewing some amazing things InsyaAllah and a new feature film will be coming to you this September 2019! I miss you too and I love you! Stay tuned,” tulis Fazura lagi.
View this post on InstagramA post shared by Nur Fazura (@missfazura) on
Dalam pada itu, peminat juga meluahkan rasa rindu kepada lakonan Fazura yang cukup sinonim dengan barisan filem seperti Gol Gincu dan Manisnya Cinta Di Cappadocia itu.
Untuk rekod, bintang filem Pisau Cukur ini pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Yang Ke-31 untuk kategori Pelakon Wanita TV Popular.
Video : Instagram Nur Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI