Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi pengalaman ‘ngeri’ ketika dia mahu pulang ke ibu kota dari Kelantan dua hari lalu.
Kongsinya, dia terpaksa memandu hanya dengan mengenakan kain pelikat kerana mengalami cirit-birit.
“Ni gambar 2 hari lepas, di kedai ‘Pantai Timur’ Kuala Krai. Singgah beli barang masa otw ke kL. Hari dugaan besar untuk aku.
“Dimana aku kena drive dari Kelantan ke KL dalam keadaan aku cirit birit. Parah dik. Air jer keluar. Best rupanya drive pakai pelikat kalau keadaan macam ni. Tinggal Selak jer,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #gengissey dan #hometownpride.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, ruangan komen entri tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi peminat.
Foto: Instagram Issey Fazlisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI