Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi pengalaman ‘ngeri’ ketika dia mahu pulang ke ibu kota dari Kelantan dua hari lalu.
Kongsinya, dia terpaksa memandu hanya dengan mengenakan kain pelikat kerana mengalami cirit-birit.
“Ni gambar 2 hari lepas, di kedai ‘Pantai Timur’ Kuala Krai. Singgah beli barang masa otw ke kL. Hari dugaan besar untuk aku.
“Dimana aku kena drive dari Kelantan ke KL dalam keadaan aku cirit birit. Parah dik. Air jer keluar. Best rupanya drive pakai pelikat kalau keadaan macam ni. Tinggal Selak jer,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #gengissey dan #hometownpride.
View this post on InstagramA post shared by issey (@isseyfazlisham) on
Serentak dengan perkongsian berkenaan, ruangan komen entri tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi peminat.
Foto: Instagram Issey Fazlisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keluar Kos RM2 Juta, Gimik 350 Dron ‘Terbang’ Di Langit Malaysia & Ambil 6 Selebriti Jadi Duta; Ini ‘Bulan Bintang Takes The Sky’
‘Another level!’, mungkin itu yang boleh diungkapkan apabila jenama pakaian Bulan Bintang dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur (KL Tower) menganjurkan pertunjukan fesyen, ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di KL Tower pada Sabtu.
Ia menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan bersama 326 pilihan warna eksklusif dan hadir dengan saiz sehingga 5XL.
Selain himpunan penyanyi popular yang turut menyampai lagu sepanjang pertunjukkan, ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ turut menampilkan barisan duta mereka seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.
Mengulas mengenai acara yang mendapat pengiktirafan di Malaysia Book of Records susulan kejayaan menerbangkan dron terbanyak dalam tempoh 10 minit itu, Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata ia impian yang menjadi kenyataan.
“Kami mahu melakukan kelainan yang tidak pernah dibuat dalam sebarang pertunjukan fesyen. Formasi dron ini dibawa khas dari United Kingdom.
“Saya mendapat inspirasi selepas melihat sendiri kehebatan formasi dron tersebut ketika bercuti ke luar negara. Apa yang dapat saya simpulkan, kos melibatkan formasi ini menelan belanja 80 peratus daripada kos keseluruhan,” katanya.
Terdahulu, kos bagi pertunjukan fesyen ini menelan belanja sekitar RM2 juta.
Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak.
Berkongsi mengenai pemilihan wajah wakilan pula, Azzim Zahid menambah, barisan selebriti ini mempunyai pengikut berbeza-beza.
“Contohnya Syukri Yahya, Hanna Delisha mereka mempunyai kegilaan pengemar drama tempatan tetapi mempunyai penonton di stesen TV yang berbeza-beza.
“Begitu juga lainnya, Nadhir Nasar ialah antara bintang muda yang sedang baik mencipta nama. Bekerjasama dengan mereka juga mudah dan masing-masing profesional,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syukur Atas Nikmat,”- Genap 61 Tahun, Amy Search Rai Hari Jadi Sama Famili, Nabila Huda Bertudung Pink!
Hari ini genap ulang tahun kelahiran penyanyi,Amy Search yang ke-61 tahun.
Momen indah itu dikongsikan Amy atau nama penuhnya Suhaimi Abd Rahman bersama keluarga tercinta di Instagram.
“Hahaha nk jdi mcm black soul sister nih.
Gembira nya hati ku tk terhingga di saat ini.
“Alhamdulillah syukur nikmat ats kesehatan yg di kurniakn. Hari ini aku mnyambut hari lahir aku yg ke 61 thn,” kongsi Amy.
Menerusi video tersebut, keluarga bahagia itu menyanyikan lagu Happy Birthday dengan penuh bersemangat meraikan hari jadi Amy.
Malah, mereka turut mengenakan tema berwarna merah jambu lembut.
Manakala si perempuan tampil mengenakan baju kurung dan selendang.
View this post on InstagramA post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
View this post on InstagramA post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
View this post on InstagramTerima Kasih Ustaz Bilal @albayansoqh
A post shared by NHH (@qasander) on
Lalu,netizen turut menitip ucapan buat penyanyi yang popular dengan lagu Issabella itu.
Foto/Video : IG Amy,Nabila,Qasander
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Mengharapkan Sama Ada Kami Kembali Bersama,” – Nabila Komen Kalau Kembali Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad
Usahawan selebriti yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor mengakui selesa dengan statusnya sebagai ibu tunggal.
Mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad, kakak kepada pengacara Neelofa ini mahu memberikan fokus kepada diri sendiri.
“Ada yang mengharapkan sama ada kami kembali bersama selepas melihat hubungan kami baik. Sejujurnya huhungan kami sudah lama baik demi anak.
“Kalau ada jodoh, Insya-Allah. Tapi, rasanya saya lebih selesa untuk meneruskan hidup sendiri buat masa sekarang. Saya serta Sharnaaz pun sudah ‘move on’ dan fokus kami sekarang ialah anak, Jebat Jayden,” katanya.
Nabila ditemui di majlis pengumuman Neelofa sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya sebentar tadi.
Tambah wanita asal Kelantan ini, dia bersyukur kerana Sharnaaz memberikan komitmen yang sangat baik sebagai seorang bapa biarpun mereka tidak bersama lagi.
“Saya gembira dan bersyukur kerana Sharnaaz tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai bapa.
“Boleh dikatakan hampir setiap hari dia meluangkan masa berjumpa dengan anak.
“Saya sendiri tak kisah kerana anak kami memang berhak mendapat kasih sayang ibu dan bapa secara sama rata biarpun kami tidak bersama lagi,” katanya lagi.
Nabila dan Sharnaaz sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI